PENGAJARAN

"Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.?" - Luahan Farah Lee

loading...

sumber : thealternatif.com

Sekuat mana pun usaha kita mempertahankan rumahtangga yang sedang goyah, jika tidak lagi mampu diselamatkan, penceraian adalah jalan yang terbaik. Mungkin itulah yang berlaku kepada pasangan Farah Lee dan Ally Iskandar yang bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabel. 

Bagi yang mengikuti perjalanan hidup Farah Lee selepas penceraian itu, ramai melihat dia seolah-olah sudah melupakan perkara silamnya malah kini telah menjadi ibu tunggal yang berjaya dalam perniagaan fesyen miliknya. Namun disebalik semua itu, memori penceraian yang berlaku masih tersemat di dalam sanubarinya.


Melalui satu post di dalam Instagramnya, Farah Lee meluahkan perasaan beliau dengan mengimbas semula apa yang berlaku dalam usahanya menyelamatkan rumahtangganya. 


Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot ? Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi.

Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.

Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan ? Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat ? Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan.

Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan.

Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu.

Since relationship takes two to tango,` Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur.

Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti. 


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang disiarkan di laman ini ada diantaranya berasal dari pelbagai sumber media yang lain. Hakcipta sepenuhnya masih dipegang oleh sumber berkenaan. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan hal berkenaan, sila hubungi kami.
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.