loading...
KUALA LUMPUR - Viral screenshot perbualan seorang jurusolek dengan pelanggannya yang meminta kembali wang depositnya, cetus rasa simpati dan geram netizen.
sumber : thereporter.my
Mana tidaknya, deposit yang dibayar hanyalah sebanyak RM100 sahaja tetapi gaya menuntut kembali wang itu seperti berjumlah RM1,000. Ditambah pula dengan kata-kata yang tidak sepatutnya dilafazkan pada orang yang menghidap kanser.
"kak, maaf, saya nak batal make up yang dah bayar deposit untuk wedding saya bulan 12. Dengar cerita akak cancer, biasanya kalau dah (tahap 3) memang susah nak baik kak. Ikut pada nasib saja pun. Apa-apa pun saya harap akak kuat. Boleh akak refund deposit itu sebab nak cari jurusolek yang lain," kata pelanggannya yang tidak didedahkan nama itu.
Iyda Yusof, 30, bagaimanapun menjelaskan bahawa deposit yang telah dibayar tak boleh dikembalikan. Atas dasar kemanusiaan, Iyda memulangkan wang itu juga dan menganggap itu mungkin bukan rezeki dia.
"Takpelah. Mungkin betul kata awak, akak ini tak lama nak hidup tetapi berserah pada Allah saja. Pasal sakit ini Dia yang bagi. Mungkin bukan rezeki saya nak make up awak," katanya.
Tindakannya memuat naik screentshot perbualan itu bukan berniat mahu memalukan pelanggannya itu tetapi memberi jaminan kepada pelanggan yang lain bahawa wang deposit akan dikembalikan sekiranya dia tidak dapat memberikan khidmat mereka itu.
"Yang sudah book, janganlah risau, andai Iyda tak dapat make up korang, ramai lagi kawan yang sudi tolong cantikkan uols. Itu janji saya ya. Harap Allah SWT panjangkan usiaku demi anak dan customer tersayang," katanya.
Jelas ibu kepada dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun itu, dia menghidap kanser usus besar tahap 3 sejak llima bulan yang lalu. Iyda mengakui dirinya sedikit tertekan dan berehat selama seminggu.
"Saya pastinya tertekan apabila mengetahui yang saya ada kanser. Apatah lagi bila doktor memaklumkan jangka hayat saya tinggal enam bulan atau setahun.
"Tetapi bila tengok anak, saya kuatkan semangat dan cuba pelbagai alternatif lain untuk merawat penyakit ini selain kimoterapi yang saya sudah lakukan minggu lalu buat kali pertama," katanya kepada Harian Metro semalam.
Disebabkan penyakit itu juga, berat badan Iyda juga turun mendadak dari 90 kilogram ke 59 kilogram.
Susulan viralnya screenshot perbualannya itu, Iyda mengakui ramai yang menghubunginya untuk membuat tempahan termasuk mahu menyertai kelas solekan yang dianjurkannya.
"Ramai yang ambil kesempatan dengan memberitahu pelanggan yang saya sakit dan memujuk pelanggan menempah perkhidmatan solekan mereka. Ada kawan yang lain pula selalu menyuruh saya pulang awal dan menasihatkan saya agar tidak mengambil tempahan hanya kerana saya sakit.
"Saya mahu mereka faham bahawa saya masih mampu bekerja. Tidak perlu ada perbezaan untuk melayan saya. Paling penting, saya mesti bekerja untuk menampung perbelanjaan rawatan saya nanti," katanya.
loading...