Kontroversi

"Ribuan graduan lain telah patuhi syarat, kenapa yang ratusan ini boleh pula dilonggarkan?"

loading...

Isu kelonggaran syarat kelulusan Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada graduan perubatan hangat diperdebatkan di media sosial. 

sumber : thealternatif.com

Golongan professional dan netizen sama-sama mengecam keputusan yang dibuat kerana mendakwa bakal menjatuhkan martabat bahasa kebangsaan pada masa depan.

Alasan keputusan yang dibuat itu adalah bagi mengelakkan negara hilang kepakaran ratusan graduan perubatan setiap tahun.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Ravindran R. Naidu, dengan kelonggaran itu, kira-kira 300 hingga 400 graduan perubatan termasuk yang menjalani persekolahan di luar negara dan menduduki peperiksaan O-level di sekolah antarabangsa dapat menjalani latihan siswazah selama dua tahun dan khidmat wajib dua tahun di Kementerian Kesihatan.

"Jika mereka tidak dapat menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib berkenaan, mereka tidak dapat menjadi seorang doktor dan ini akan merugikan negara.

"Mereka (graduan perubatan) tidak boleh bekerja di klinik swasta dan farmasi sekalipun, jika tidak mempunyai sijil pengamal perubatan, jadi adakah mereka perlu menjadi pemandu teksi atau konduktor bas?" jelasnya kepada Bernama.

Antara ulasan yang mendapat perhatian netizen datangnya dari seorang pensyarah perubatan sendiri yang tidak bersetuju dengan langkah tersebut. Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang menulis di facebook beliau menimbulkan persoalan yang rasional kenapa kelonggaran tersebut boleh diberikan kepada graduan perubatan, sedangkan ribuan graduan lain perlu mematuhi syarat tersebut. 

 Alasan yang lemah dan tidak bertanggungjawab.

Ribuan graduan telah mematuhi syarat ini, kenapa yang ratusan ini dibolehkan untuk "bend the law"?

Alasan mereka tidak diambil kerja/ menjalani latihan sebagai doktor kerana tiada BM SPM tidak timbul, kerana graduan di bidang lain juga harus patuh pada syarat ini. Graduan di bidang lain juga terpaksa bekerja di sektor lain jika mereka tidak mematuhi syarat. Bakal doktor tidak berkecuali.

Walaupun saya seorang pensyarah perubatan, berada di universiti yang melahirkan graduan perubatan, ia tidak bermakna anak didik saya mesti DIBOLEHKAN bekerja sebagai doktor "by hook or by crook" tanpa mematuhi syarat-syarat asas yang penting sebagai asas pembentukan sesebuah negara. Menguasai bahasa kebangsaan adalah penting sebagai simbol perpaduan rakyat negara Malaysia, dan lebih penting untuk komunikasi berkesan dalam hubungan doktor sesama pesakit dan doktor sesama rakan sekerja lain seperti jururawat, pembantu kesihatan, atendan, pemandu ambulan dll.

Kalau kita boleh mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh pihak lain, seperti mengambil peperiksaan IELTS jika ingin belajar atau bekerja di UK misalnya, kenapa sebagai warganegara Malaysia kita tidak dapat mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri untuk bekerja di sini?

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang disiarkan di laman ini ada diantaranya berasal dari pelbagai sumber media yang lain. Hakcipta sepenuhnya masih dipegang oleh sumber berkenaan. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan hal berkenaan, sila hubungi kami.
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.