SANTAI

BAWA ISTERI MAKAN KEDAI TAK BAWA HANDPHONE. APA YANG JADI SETERUSNYA AMAT MEMELIKKAN !!!

loading...

sumber : apekecoh.com

Baru-baru ni saya bawa isteri saya ke sebuah restoran masakan tomyam ala Thailand kat area bandar Batu Pahat ni.
Saya tahu hari tu dia tengah kepenatan yang amat selepas seharian bekerja kat Bahagian Kecemasan Hospital. Untuk meraikan isteri saya yang sedang kepenatan tu, saya memilih untuk ke restoran tu tanpa bawa handphone di tangan. Padahal masa tu bertalu-talu Whatsapp daripada pelanggan masuk. Demi isteri, saya lupakan kejap!Masuk je restoran saya bagi peluang kat isteri nak pilih masakan apa. Dia pilih nak makan Tomyam Poktek Udang Galah. Saya layankan je walaupun saya lebih suka Tomyam Campur. Bila udang galah bercampur dengan sotong, lala dan ketam barulah ada ‘kick’ kan? Demi isteri, saya mengalah je.
Untuk pengetahuan korang Tomyam Poktek ni berbeza sikit daripada tomyam biasa sebab Tomyam Poktek ni dicampur sedikit santan dan susu cair. Sampai je Tomyam Poktek Udang Galah tadi kat meja terbeliak juga la biji mata bila tengok ada 8 ekor udang galah yang terhidang dicampur aroma kuah Tomyam Poktek yang menggaru-garu saraf kat hidung ni. Menusuk-nusuk kesedapan baunya!
Saya tengok isteri saya lahap udang tu macam orang tak ingat dunia. Syok betul! Sambil ratah kepala udang tu sampai ke ekornya, kami berbual bermacam-macam benda. Saya boleh tengok senyuman bahagia isteri saya. Tu dah cukup buat saya bahagia walaupun otak duk fikir Whatsapp pelanggan yang tak berbalas kat dalam kereta sana.
Habis je semua hidangan tu kami lahap, saya rasa satu perasaan yang indah. Terasa PELIK juga. Tak pernah rasa macam ni sebelum ni.Waktu seakan mengalir perlahan dan mengalir dengan begitu indah. Rupa-rupanya sebab selama ni yang menyebabkan keindahan tu tertahan adalah disebabkan handphone je sebenarnya!
Selain membuatkan hubungan suami isteri jadi makin renggang, handphone juga sebenarnya menjadi punca kepada :
+ Perubahan aktiviti otak
+ Perubahan pada pola tidur
+ Gangguan pada alatan perubatan seperti sesetengah alat bantu dengar ( hearing aids ) dan juga ‘pacemaker’ jantung
+ Kadar kemalangan jalan raya meningkat 3-4 kali ganda
Ada ilmu yang saya nak kongsi pada para isteri kat luar sana. Nak tawan hati suami ni, kualiti suasana semasa suami makan tu kena jaga tau.
+ Jangan biar suami makan sendirian. Walau sibuk dengan anak, cubalah sedaya upaya untuk makan bersama suami
+ Jangan main handphone di depan suami yang tengah makan. Suami akan anggap tu tanda korang tak hormat dia. Mungkin dia nampak tak peduli tapi jauh di dalam hati dia akan rasa tak sedap hati. – DR TAUFIQ RAZIF
Sumber : drtaufiqrazif
P/S : Mungkin artikel saya Taufiq Razif agak panjang kali ni tapi insyaAllah akan sangat berbaloi untuk korang amalkan dalam kehidupan berkeluarga korang. Kongsikan juga pada yang masih belum mahir dalam ilmu & seni berumahtangga ye.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang disiarkan di laman ini ada diantaranya berasal dari pelbagai sumber media yang lain. Hakcipta sepenuhnya masih dipegang oleh sumber berkenaan. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan hal berkenaan, sila hubungi kami.

loading...

About Unknown

Powered by Blogger.