KRT

Tak Tahu Pernah Bergambar Dengan Isteri Masa Zaman Kanak-kanak

loading...

Tiada siapa tahu siapa yang akan menjadi jodoh kita satu hari nanti. Terkadang, jauh macamana pun, kalau dah jodoh pasti akan bertemu dan dekat macamana pun, kalau bukan jodoh, tidak bersama lah maknanya.
Begitu juga dengan uniknya jodoh pasangan ini apabila kisah mereka tular di media sosial melalui sekeping gambar yang melihatkan diri dia dan isterinya ketika masih kecil.
“Tak sangka insan yang bergambar dengan saya 18 tahun lalu itu adalah ‘tulang rusuk’ dan jodoh saya. Lebih manis kenangan terindan itu diambil ketika Aidilfitri,” Kata Sith Ismail mengulas mengenai gambar dia bersama isterinya, Siti Latifah Yunos, 28, yang tidak sengaja diambil ketika masing masing berusia 9 dan 11 tahun
Sith juga menjelaskan gambar itu diambil ketika majlis ziarah marhaban di rumah rakannya yang dihadiri oleh mereka di Kampung Separap, Batu Pahat, Johor. Gambar itu juga diambil secara spontan bersama sepupu dan rakan rakan mereka.
“Namun ketika itu masing masing masih lagi kecil, langsung tidak fikir apa apa apatah lagi jatuh cinta,” ujarnya.
Walaupun gambar tersebut hampir berbelas tahun berlalu, Sith hanya menyedarinya pada tahun 2015 yang juga selepas beberapa minggu mereka berkahwin. Pada awalnya disedari oleh isterinya yang ketika itu mengeluarkan kesemua gambar simpanan lamanya dan ketawa apabila menyedari gambar mereka berdua.
“Dia tanya saya adakah saya kenal orang di sebelah saya. Saya pula hanya mampu tercengang ketika itu. Saya langsung tidak menyangka kanak kanak perempuan itu adalah isteri saya sekarang,” katanya.
Setelah menyedari kewujudan gambar tersebut, tiapkali menjelangnya hari raya Aidilfitri, Sith dan juga isterinya pasti akan teringat semula gambar tersebut memandangkan gambar tersebut dirakamkan ketika hari raya yang sama.
“Namun setiap kali saya teringat kenangan itiu, setiap kali itu jugalah saya tersenyum seorang diri. Tidak sangka jodoh saya selama ini ada di sebelah saya saja”, ujarnya lagi yang menyambut raya di Parit Sulong, Batu Pahat.
Unik dan menarik jodoh mereka ni. Hehe. Sweet je bila dapat tahu suami isteri ada kenangan sama masa kecik kecik dulu. Semoga jodoh mereka berpanjangan!

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang disiarkan di laman ini ada diantaranya berasal dari pelbagai sumber media yang lain. Hakcipta sepenuhnya masih dipegang oleh sumber berkenaan. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan hal berkenaan, sila hubungi kami.


loading...

About Unknown

Powered by Blogger.