Sejarah

Kisah Nakano Takeko - Samurai wanita terakhir Jepun 1868

loading...

nakano takeko dalam filem

Kisah Nakano Takeko - Samurai wanita terakhir Jepun 1868


SUMBER : iluminasi.com

Nakano Takeko (1847-1868) adalah seorang samurai wanita hebat yang telah berjuang bermati-matian sehingga maut dalam Perang Boshin di Aizu. Perang Boshin juga dikenali sebagai peristiwa yang membawa revolusi kepada negara Jepun.

Latar belakang Nakano Takeko

Nakano adalah anak perempuan kepada seorang pegawai kerajaan dari Aizu, tetapi dibesarkan di Tokyo. Beliau telah sangat mahir dalam seni kesusasteraan dan seni pertempuran pedang "Itto-Ryu". Beliau juga ada tauliah mengajar dalam penggunaan senjata bernama naginata (lembing berbilah pedang). Beliau menghabiskan masa selama lima tahun menjadi anak angkat serta anak didik pakar seni mempertahankan diri, Akaoka Daisuke. Tetapi Nakano telah meninggalkan gurunya kerana ingin berkahwin. Kemudian beliau pulang ke kampung halaman dan tinggal bersama keluarga asalnya di Aizu pada tahun 1868.

Perang Boshin dan Aizu

Pada masa ini Perang Boshin tercetus di antara Shogun Tokugawa (militer) dan penyokong Imperial Court (kerajaan nominal). Walaupun Shogun telah menyerah kalah dan hak memerintah telah diserahkan kepada Imperial Court pada tahun 1868, sebahagian daripada tenteranya masih terus berjuang kerana tidak mahu menyerah kalah. Peperangan masih berlarutan di Aizu. Nakano telah menyertai peperangan ini menyebelahi pihak shogun melawan tentera Imperial Court di Aizu. 
Disebabkan penguasa di Aizu tidak membenarkan wanita untuk menyertai ketenteraan, Nakano telah membentuk satu unit khas tidak rasmi (Aizu Joshitai) yang terdiri dari 20 orang wanita bersenjatakan Naginata. Ibu dan kakaknya juga turut serta didalam unit ini. Kumpulan ini mengambil bahagian dalam memecahkan pengepungan tentera Imperial. Walaupun hanya bersenjatakan naginata, Nakano berjaya membunuh lima orang musuh sebelum dadanya ditembusi peluru yang ditembak dari jarak jauh. 
13906258526 b9ea804206 b

Maruah seorang samurai

Penggunaan senjata api atau senjata jarah jauh adalah sangat tidak bermaruah bagi seorang samurai. Ketika hampir merasai kematian dan khuatir ada musuh yang akan mengambil kepalanya sebagai trofi kemenangan, Nakano telah meminta kakaknya untuk memenggal kepala beliau dan kebumikannya sebelum kepalanya dimiliki oleh pihak musuh.
Kekuasaan shogun akhirnya hancur secara total angkara pengepungan dari pihak Imperial yang memiliki senjata yang jauh lebih canggih. Selepas tamat perang, seperti yang diminta Nakano, kakaknya telah mengebumikan kepalanya di bawah pokok pine di Kuil Hokaiji. Dan sebuah monumen Nakano telah dibina dalam mengenang keberanian dah kehebatan jiwa insan bernama Nakano Takeko ini. Nama Nakano sentiasa diingati oleh penduduk Aizu pada setiap kali perayaan musim luruh dimana sekumpulan gadis-gadis muda akan berarak tanda memperingati Nakano serta pasukan perang wanita beliau.
monumen nakano takeko
Pada tahun 1868, berlaku restorasi Meiji yang dipelopori oleh Imperial Court. Pada ketika inilah berakhirnya era shogun di Jepun dan pengakhiran bagi samurai.

Rujukan :
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.