Umum

Wahai anak anak Mak-Ayah semuanya. Cuti lah sehari untuk uruskan Mak-Ayah kita ke hospital.

loading...


Wahai anak anak Mak-Ayah semuanya. Cuti lah sehari untuk uruskan Mak-Ayah kita ke hospital.


Jangan lah biarkan mereka melangkah perlahan sambil memegang besi besi tangga,gantikan besi tangga itu dengan tangan lembut kita yang sekian lama dulu sentiasa diusap dan dikucup dengan penuh kasih sayang oleh mereka.
Jangan lah biarkan mereka keseorangan tercari cari arah tuju,pimpin lah mereka menuju ketempat tujuan kerana dulunya mereka tidak sama sekali pernah membiarkan kita tercari cari,tangan kita sentiasa digenggam erat membawa kita kemana sahaja.
Sekarang mereka memerlukan kita kerana mungkin langkahan mereka tidak segagah dulu.
Jangan lah biarkan mereka termanggu keseorangan menunggu nama atau nombor giliran dipanggil kerana dulunya mereka pasti akan berada disisi kita,memeluk sambil mengusap kepala kita dengan penuh kasih dan sayang.Sekarang mereka memerlukan kita kerana mungkin pendengaran mereka tidak seperti dulu.
Jangan lah biarkan mereka keseorangan berjumpa doktor,mereka memerlukan kita untuk mendengar bagi pihak mereka nasihat dan panduan kesihatan dari doktor.
Mereka kemungkinan tersilap dengar dan tersilap faham arahan doktor.
Mereka sakit sekarang kerana mungkin kesan melahirkan kita,kesan bekerja kuat,berjaga malam membesarkan kita,kesan tenaga yang diasah untuk mencari sesuap nasi untuk kita dan keluarga.Sungguh,sesuatu yang kita tak nampak bahawa kebersamaan kita ketika ini adalah ubat paling mujarab untuk menyegarkan kesihatan mereka.
Jangan lah biarkan mereka tercari cari cafe untuk makan dan minum setelah lapar dan dahaga kemungkinan berpuasa untuk darahnya diambil,dulunya mereka tidak pernah seketika pun membiarkan kita kelaparan.
Anak anak Mak-Ayah semuanya.
Jangan lah sekali kali kita membiarkan Mak-Ayah kita sekejap duduk,sekejap bangun,sekejap berdiri,sekejap berlunjur,sekejap bersandar terlentok kepala terlena menunggu anak anak datang membawanya pulang kerumah setelah selesai urusan hospital mereka.
Sungguh!!
Hatiku tersentuh dan airmataku mengalir laju bila seorang Mak berusia lingkungan 70 an menyatakan dia dihantar anaknya ditepi tangga IJN dan terus ke tempat kerja,dan akan menjemputnya selepas habis kerja 4-30 petang nanti.
Kejam dan zalim sungguh engkau wahai anak sebegitu.
Insaf lah,segalanya tidak akan berubah dengan cuti sehari mu untuk menguruskan kesihatan Mak-Ayah.
Tetapi ingatlah!
Segalanya akan berubah seandainya engkau dihubungi untuk segera ke hospital kerana Mak-Ayah engkau dilihat kaku tersandar didinding sambil kakinya menyentuh dagu kemungkinan sejuk,letih,lapar atau sebagainya berada di hospital dari pagi sehingga petang kerana anak anak mereka sibuk,tak dapat cuti,mesyuarat penting dan segala dunia mereka yang melepasi Mak-Ayah yang nilai sebenarnya lebih tinggi dari segala dunia ini!
Anak anak Mak-Ayah semuanya.
Jangan lah abaikan firman ALLAH :
وَ قَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَ بِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ اْلكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَ لاَ تَنْهَرْهُمَا وَ قُل لَّهُمَا قَوْلًا كَـرِيمًا وَ اخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَ قُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَـمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada kedua orang tuamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ahh” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh rasa sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhankuku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidikku di waktu aku masih kecil”.
Al-Isra’ 23-24
Ayah dan Ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan Ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan Ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
Sumber :
Syed Mohd Nazli Bin Syed Ahmad
IJN
26-April-2017
11-55 am.
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.