loading...
Kisah Lyna: Pemburu Kerjaya Di Kota Besar
LYNA. Itu nama panggilannya. Asal dari Pantai Timur. Orangnya baik. Sopan dan sejuk mata memandang. Bak kata orang, serba serbi baik kelakuannya. Dia anak sulung dari 4 adik beradik.
Ibu baru meninggal. Ayah pula tak berapa sihat. Istimewanya Lyna ini, dia gadis yang pandai. Dia graduan aliran Islam. Sering dianggap sebagai anak mithali dalam kalangan jiran tetangganya di kampung.
Sebaik sahaja bergelar graduan, Lyna mencari kerja di Lembah Klang. Perit sungguh rasanya. Tak banyak syarikat atau organisasi yang ingin menerima graduan lulusan agama seperti Lyna.
Sudah banyak surat permohonan kerja yang dihantar. Hanya sedikit yang dipanggil untuk ditemuduga. Bila menghadiri temuduga, selalunya Lyna tidak mendapat perhatian kerana ramai lagi calon yang lebih berkarisma.
Demi tanggungjawab sebagai anak sulung, Lyna tidak rela menganggur lama. Lyna terpaksa bekerja sebagai cashier di sebuah pasar raya. Gajinya, RM32 sehari. Lapan jam bekerja. Berdiri lama. Tangan jarang berehat.
Ada saja barang yang kena angkat. Kena bungkus. Tekan mesin wang. Kira wang. Tekan balik mesin wang. Ada saja tugas tangan sambil berdiri lama.Kata Lyna, kalau diikutkan hati dan perasaan, tentulah tak berbaloi.
Tapi bila mengenangkan adik-adik dan ayah di kampung, Lyna terpaksa mengharungi jua. Asalkan tidak menganggur dan menyusahkan orang lain. Itu prinsip yang Lyna pegang.
Namun Allah SWT itu Maha Mengasihi. Walaupun purata gaji pertama diterimanya hanyalah RM800, Lyna masih mampu hantar ke kampung sebanyak RM400. Sewa bilik RM100 sebulan dan dia berkongsi dengan seorang kawan.
Dalam rumah tu, ada 8 orang. Setiap orang beri RM50 sebulan untuk beli barang keperluan dapur. Setiap hari mereka masih mampu makan dengan bahan yang mereka masak.
Selain prinsip tak mahu menyusahkan orang lain, Lyna selalu ingat pesan arwah ibunya: “Arwah ibu selalu pesan, jangan putus berdoalah. Selalulah berdoa. Selalu ingat pada Allah.
“Walau dalam susah, walau dalam senang, selalulah berdoa. Berdoa inilah tandanya kita ni seorang hamba. Hamba yang selalu meminta dan mengakui akan keesaan Allah SWT,” menitis air mata Lyna tatkala menceritakan hal ini.
Tentu Lyna amat merindui arwah ibunya. Mungkin jua dia mengenangkan nasibnya. Jauh dari kampung halaman. Tiada tempat mengadu nasib. Lebih-lebih lagi sebagai kakak sulung yang akrab dengan arwah ibu.
Tiada lagi ruang berbual mesra dengan ibu. Al-Fatihah buat arwah ibu Lyna. Sebagai cashier, pelbagai pengalaman hidup yang Lyna pelajari. Setiap hari Lyna berjumpa dengan pelbagai ragam orang.
Ada yang baik. Ada yang berlagak. Sombong, tapi tak laa berduit sangat. Ada yang macam teragak-agak mengeluarkan duit. Dan ada juga yang nakal selalu mengusiknya. Hmmm baik yang muda, yang tua pun sama saja.
“Yang muda tu memang nakal la. Tapi yang tua ni, rasanya kurang kasih sayang kut,” kata Lyna di benak hatinya. Sebelas bulan setelah itu, Lyna dapat tawaran sebagai kakitangan kontrak di Unit Kenderaan.
Ia di sebuah institusi pengajian tinggi di Lembah Klang. Gaji RM72.50 sehari. Ada potongan EPF. Walaupun masih di anggap rendah, tapi Lyna bersyukur sangat sebab adalah kenaikan sikit.
Lyna suka kerja di Unit Kenderaan ni. Sangat sibuk. Hujung minggu pun kerja. Best laa…ada elaun overtime. Bukan itu saja… ada lagi cerita yang best tentang Lyna di Unit Kenderaan ni.
Nak tahu citer Lyna selanjutnya, tunggulah Kisah Lyna 2.
Bersambung…
Sumber : Mynewshub
loading...