loading...
Jakarta: Kisah tiga remaja yang mengayuh basikal sejauh kira-kira 570 kilometer semata-mata mahu menyambut Aidilfitri bersama ibu mereka menyentuh hati pengguna media sosial di Indonesia.
Okta, 15, dan dua adiknya, Rizal, 13, serta Aslam, 10, menunggang dua basikal selama lima hari dari Ogan Ilir menuju ke rumah ibu mereka di Tangerang, Jakarta.
Ketiga-tiga remaja itu tinggal bersama nenek mereka di Indralaya di Ogan Ilir, Sumatera Selatan manakala ibu mereka bekerja di Jakarta.
Okta berkata, mereka bertekad menunggang basikal untuk bertemu ibu kerana wanita itu tidak dapat pulang ke kampung untuk sama-sama menyambut Aidilfitri.
“Berbekal sedikit wang 140 ribu rupiah (RM45) yang diberi nenek dan pakaian, kami memulakan perjalanan ke Tangerang, Sabtu lalu.
loading...