PRIHATIN

'Dah 3 tahun duduk di pondok (buruk) yang anak makcik buatkan ini'

loading...

Oleh Fathen Athirah Mohamad | thereporter.com

Assalammualaikum, nak share something with everyone and boleh sama-sama menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Seperti biasa, kita ada HMR atau home visit every month untuk patient yang defaulted clinic and tca. Semalam saya ditugaskan untuk melawat beberapa buah rumah pesakit diabetic yang kritikal. Antara beberapa pesakit yang dilawat, ingin saya berkongsi mengenai seorang makcik ini. 

Makcik Saniah, ada tiga orang anak. Seorang di Kota Tinggi, seorang anak perempuan dan sorang lagi menetap di luar Johor. Dulu makcik ini duduk bersama anak perempuannya di rumah di bawah bukit. Tetapi diceritakan, dia menetap dengan anaknya itu tidak lama. 

Selepas dua tahun berkahwin, si anak meminta ibunya duduk berasingan.

"Berapa lama makcik duduk di pondok ini dan ini pondok apa sebenarnya?" soal saya. 

"Makcik dah duduk di pondok ini tiga tahun sejak start insulin dan sejak anak minta duduk berasingan. Pondok ini dia buatkan tetapi itulah, tak ada api (elektrik). Siang makcik duduk di luar dan malam, nyalakan lilin," jawabnya.

View pondok makcik. Laman depan tu kadang tmpat parking kereta anak.
"Kenapa nak duduk berasingan? Habis tu, makan minum dan ubat,  makcik jaga sendiri ke? Pagi tadi makan apa ye? Hari ini ada makan ubat tak?" soal saya lagi. 

"Dah ada suami ini susah sikit nak duduk bersama makcik. Dulu dia bagi satu bilik tetapi tak tahu kenapa dia suruh kosongkan. Jadinya makcik duduk di pondok atas bukit ini. Makan minum kadang-kadang dihantar ke atas. Ubat makcik ambil sendiri. Anak tak tahu apa-apa," katanya. 

Rumah anak makcik ini terletak di bawah bukit. Kalau nak pergi jengah ibunya, dia akan naik ke atas kaki bukit. Ada satu pondok buruk. Anaknya yang buatkan. tetapi tiada bekalan elektrik dan air. Saya nak basuh tangan, tapi buka paip tak ada air. Dalam kolam air tadah, banyak jentik-jentik. Dan tempat itu juga ayam, itik, angsa minum air. 


Ruangan dapur bersekali tempat tidur dan berteduh.

Kebanyakannya bekas2 kosong dan lama

Ruangan tempat tidur makcik di dalam 1 ruangan pondok yg sama
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.