Artis

Tony Castillo [Anakku Sazali] : Pelakon Kanak-Kanak Paling Berjaya

loading...

sumber : thepatriots

Anak-ku Sazali dengarlah
Lagu yang Ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak

Sebagai sahabatmu nanti

Anak-ku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita

Menuju ke puncak bahagia 

Antonio Castillo Junior atau lebih dikenali dengan nama TONY CASTILLO dilahirkan di Singapura pada tahun 1946. Ayahnya, Antonio Castillo Senior adalah seorang pemuzik berbangsa Filipina yang terkemuka di zaman pentas bangsawan. Ibunya Edith, seorang berbangsa Russia, adalah pemain trapeze di dalam sarkis Russia yang kerap kali berkunjung di rantau Asia. Selepas berkahwin dengan Antonio, Edith atau lebih dikenali dengan nama Bobby, telah bekerja sebagai koreografer tarian dengan Shaw Brothers. Selain menjadi koreografer, Bobby juga pernah muncul dalam filem ALOHA.

Bagi TONY CASTILLO, beliau mula terkenal sebagai pemain trompet sejak berusia 8 tahun. TONY CASTILLO bermain trompet di kelab malam diiringi oleh band ayahnya. Selepas terkenal di sirkit kelab malam, TONY CASTILLO ditawarkan untuk berlakon dalam filem ANAK-KU SAZALI pada usia 10 tahun. Filem itu melonjakkan nama beliau sehingga memenangi Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Pesta Filem Asia pada tahun 1956. Filem itu juga berjaya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk P.RAMLEE.


Selepas filem itu, TONY CASTILLO terus berlakon dengan cemerlangnya dalam filem MASHARAKAT PINCHANG dan DOCTOR. Sekali lagi TONY CASTILLO membuktikan bahawa beliau memang seorang pelakon hebat apabila beliau memenangi untuk kali keduanya, Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Pesta Filem Asia pada tahun 1958 bagi filem MASHARAKAT PINCHANG. Sejurus selepas itu, ayah beliau, Antonio Castillo telah meninggal dunia akibat penyakit paralysis ketika TONY CASTILLO berusia 12 tahun.

TONY CASTILLO terus berjaya menjadi pemuzik yang terbilang di persada kelab malam dan pernah membuat persembahan di rantau Asia sehingga dewasa. Pada tahun 80-an, TONY CASTILLO memeluk agama Islam dengan nama Muhammad Noor Abdullah. Beliau meninggal dunia pada 14 Disember 2010 akibat penyakit kanser paru-paru pada usia 64 tahun.
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.