RAMADHAN

Aisyah: Muslimah Terhebat Sepanjang Zaman

loading...

SAIDATINA Aisyah binti Abu Bakar; contoh terbaik ‘beauty with brain’.

Digelar al-Humaira yang bermaksud si putih kemerah-merahan. Wajahnya yang cantik mendapat tempat istimewa disamping Rasulullah. Sirah menyebut suasana kehidupan mereka penuh keceriaan dan ketenteraman.
Nabi Muhammad sukakan kelincahan Aisyah yang suka menghiburkan Baginda.
Aisyah, seorang wanita yang cantik serta berilmu.
Rasulullah pernah bersabda “Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku tidak pernah menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali ketika aku bersama Aisyah.”
Sejak itu, kedudukan Aisyah sentiasa di sisi Rasulullah serta disisi Allah, sehingga turun wahyu demi wahyu di rumah Aisyah.
“Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu Malaikat itu berkata kepadaku: ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya.”
Aisyah lantas menjawab: “Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya.” [HR Bukhari dan Muslim]
Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah untuk menggambarkan cinta terhadapnya, lalu Baginda menjawab: “Seperti simpulan tali yang ketat,” maksudnya, semakin kuat tali itu ditarik, semakin ketatlah tali itu.
Sejak itu, Aisyah akan bertanya dalam senda guraunya, “Bagaimanakah simpulan itu?” Rasulullah akan menjawab: “Sekuat hari pertama kamu bertanya.”
Bukan sahaja menjadi isteri yang disayangi, Aisyah juga seorang ilmuwan yang amat dihormati dalam kalangan para sahabat dan menjadi tempat rujukan mereka.
Sebagai seorang wanita, Aisyah amat pintar, teliti dalam setiap perkara, kuat pendirian dan seorang yang tangkas dalam bertindak serta fasih dalam pertuturan.
Abu Salamah bin Abdurrahman pernah berkata mengenai ketinggian ilmu Aisyah: “Aku tidak mengetahui seorang pun yang lebih memahami tentang sunnah Rasul dan yang lebih tepat pendapatnya, lebih tahu tentang ayat Al-Quran yang diturunkan, serta lebih mengerti tentang hal-hal yang fardhu, selain Aisyah.”
Abu Salamah juga berani menyatakan pendirian apabila terdapat sahabat yang salah memahami al-Quran seperti yang diceritakan oleh Ubaidillah bin Umair apabila Abdullah bin Amr’ menyuruh wanita menanggalkan sanggul apabila ingin mandi junub; Aisyah berkata:
“Alangkah menghairankan Ibn Amr’ ini. Ia memerintahkan para wanita agar membuka sanggul mereka ketika mandi. Mengapa tidak mencukur saja rambut kalian keseluruhannya? Sungguh saya pernah mandi bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan saya tidak lebih hanya menyiramkan kepalaku tiga kali.” [HR Muslim]
Saat yang paling lemah dan menakutkan bagi seorang wanita adalah apabila dia diuji dengan kesetiaan dan kepercayaan. Aisyah menjadi mangsa fitnah Abdullah bin Ubaiy sehingga tiada seorang pun yang mempercayainya. Malah, Rasulullah sendiri amat menyeksakan jiwanya. Sehinggalah Allah menurunkan wahyu kepada Baginda dan memberitahu kebenarannya. Beliau pernah berkata, “Aku akan bersabar, kerana jika aku mengaku aku berbuat itu, aku telah berbohong kepada Allah. Dan jika aku mengatakan tidak, mereka semua tidak mempercayai aku. Aku yakin dengan pembelaan Allah.”
Kehidupan Saidatina Aisyah r.a. patut didalami dan dicontohi wanita era ini. Aishah membuktikan bahawa seorang wanita tidak perlu merendahkan martabat mereka dan berkelakuan seperti lelaki untuk mendapatkan hak yang sama.
Keberanian Saidatina Aisyah r.a dan kecekalannya untuk memberi sumbangan kepada agama patut dicontohi bukan sahaja oleh kaum wanita malah kaum lelaki juga yang semakin hari semakin luntur semangat perjuangan mereka.
Yang pastinya: Apakah wataj wanita masa kini memggambarkan kegemilangan Aisyah sebagai idola terhebat sepanjang zaman?
#LaskarMalaya
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.