SEMASA

TAK MANDI, KUAT TIDUR DAN TAKDA KAWAN DISANGKA MURID PEMALAS, BILA SIASAT GURU TERKEJUT TAHU SIAPA SEBENAR MURID ITU

loading...
GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN
Puan Nor sering memberitahu anak-anak muridnya bahawa dia menyayangi mereka semua dan melayan mereka sama rata. Namun, kadang-kala dia rasa agak sukar untuk melakukan perkara sedemikian kerana di hadapannya ialah Amin. Amin duduk dengan malas di kerusinya.
Puan Nor memerhatikan Amin sejak tahun lepas lagi. Dia sedar bahawa Amin tidak bermain dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain.
Bajunya compang-camping dan dia sentiasa kelihatan seperti tidak mandi. Pendek cerita, Amin memang tidak disenangi semua orang.
Sampai satu tahap, Puan Nor agak berpuas hati apabila dia boleh menanda kertas peperiksaan Amin dan memangkah semua jawapannya. F memang gred biasa Amin.
Sehinggalah pada satu ketika, Puan Nor harus menyemak perkembangan semua anak muridnya. Dia sengaja menangguhkan untuk melihat rekod Amin. Namun, dia sangat terkejut apabila melihat ulasan yang diberikan oleh guru-guru Amin sebelum ini.
Guru darjah satunya menulis: Amin seorang pelajar yang bijak dan penuh rasa ingin tahu. Dia selalu buat kerja dengan kemas dan disenangi ramai.
Guru darjah duanya menulis: Amin seorang pelajar pintar dan disenangi rakan sekelas. Namun, ibunya sakit tenat dan dia terkesan dengannya.
Guru darjah tiganya pula menulis: Amin cuba berusaha keras tetapi kematian ibunya memberi impak besar. Ayahnya pula tidak mempedulikannya.
Guru darjah empatnya menulis: Amin tidak menunjukkan sebarang minat terhadap sekolah. Dia tidak mempunyai kawan-kawan dan kadang-kala tidur di dalam kelas. Dia sentiasa lewat dan seorang murid bermasalah.
Kini, Puan Nor sedar masalah sebenar yang dihadapi oleh Amin. Dia dihantui perasaan bersalah.
Apabila menjelang sambutan Hari Guru, semua anak-anak muridnya memberikannya hadiah. Semuanya dibalut dengan cantik kecuali hadiah yang Amin berikan. Ianya tidak kemas langsung. Puan Nor pun membuka hadiah Amin di hadapan semua anak murid yang lain.
Di dalamnya ialah gelang batu yang sudah kehilangan sesetengah batunya dan sebotol minyak wangi yang hampir habis.
Apabila semua orang tertawa, dia menyatakan betapa cantiknya gelang itu. Dia turut memakai minyak wangi itu. Amin kemudian berkata kepadanya, Puan Nor mempunyai bau yang serupa dengan ibu saya.
Puan Nor sangat tersentuh dan mulai saat itu, dia fokus kepada mendidik anak muridnya dengan ikhlas.
Amin kembali bersemangat apabila Puan Nor memberikan tumpuan kepadanya. Amin berubah menjadi seorang pelajar pintar.
Puan Nor menerima surat daripada Amin mengatakan dia merupakan guru kegemarannya sepanjang dia bersekolah.
Enam tahun kemudian, Puan Nor mendapat surat daripada Amin bahawa dia menamatkan sekolah menengah dengan keputusan cemerlang. Empat tahun selepas itu pula, Amin mengirimkan surat mengatakan pelajaran sangat sukar di universiti tetapi dia telah mampu bertahan dan bakal bergraduasi dengan ijazah kelas pertama.
Selepas empat tahun lagi, Puan Nor mendapat surat daripada Amin dan surat itu ditandatangani sebagai Muhammad Amin Rashid, M.D.
Kisah itu tidak berakhir di situ. Beberapa bulan selepas itu, Amin berkata dia sudah bertemu pasangan hidupnya dan dia ingin berkahwin. Dia menjelaskan bahawa ayahnya sudah meninggal dunia dan dia ingin bertanya sekiranya Puan Nor sudi untuk hadir mewakili ahli keluarga terdekatnya.
Pada majlis perkahwinan Amin, Puan Nor memakai gelang yang dihadiahkan oleh anak muridnya itu dan mempunyai bau yang sangat dekat dengan hati Amin.
SUMBER : biskutmanis
Begitulah kisah Amin dan keakraban yang dijalin dengan guru kesayangannya itu. Kejadian ini telah mengubah kehidupan mereka berdua.
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.