loading...
Pandangan seorang suami. Dari Kisah Rumah Tangga
Salam admin..
Saya nak luah pendapat dan juga berkongsi idea untuk suami-suami.. saya seorang pegawai penjawat awam.. saya berkongsi ni bertujuan untuk memberi perspektif baru tentang berpantang.. isteri saya baru melahirkan anak kedua saya.. semasa proses kelahiran anak pertama dan kedua saya, saya berada dalam dewan bedah untuk menyaksikan kelahiran cahaya mata saya dan mengertikan betapa pengorbanan seorang isteri melahirkan anak..
Kat sini saya nak menyarankan kepada semua suami-suami yang ada, jagalah isteri anda berpantang sendiri.. sediakan makanan panas untuk dia..sediakan mandian dia.. mandikan bayi.. tungkukan perut dan kakinya.. kemaskan rumah.. persiapkan tempat yang selesa untuk dia berpantang..cucikan luka jahitan dia.. basuhkan baju.. saya bukan nak kata saya hebat, tapi alhamdulillah saya berjaya walaupun hanya seminggu lebih je saya menjaga pantangnya.. dengan berbuat sebegini, baru encik suami tahu betapa penatnya menjadi surirumah.. betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki.. HENTIKANLAH MENGHANTAR ISTERI BERPANTANG DI RUMAH ORANG TUA MEREKA/KITA.. kita yang mengandungkan dia, kita yang sedap, mak bapak pulak yang kene jaga bila time isteri tidak berapa sihat.. mana kata dan janjimu ‘susah senang bersama’ ?
Akan ada pendapat yang mengatakan bahawa ‘saya tak reti masak, saya tak reti mandikan bayi, saya tak reti itu tak reti ini bla bla bla… ‘
Bang, semua sekarang ni hujung jari.. jangan jadikan alasan tak pandai itu ini untuk tidak menjaga isteri berpantang.. sedangkan Valentino Rossi pun lahir-lahir tak pandai bawak motor terus.. step by step.. asalkan buat.. motivasikan diri untuk isteri tuan2..
Apa yang saya lihat sekarang ni, bila isteri bersalin je, suami macam merdeka habis2an.. anta ke umah mak mertua, dia pun pergi mancing, layan corner cecah dagu, duk kat mamak sampai seat berlubang.. sedih saya tengok suami-suami sekarang.. saya dikecam teruk oleh kengkawan sebab tak keluar rumah selama 13 hari mnjaga isteri saya berpantang.. bermacam2.. takut bini la.. kene rantai la.. antisosial la.. saya meluahkan ni sebab saya rase merupakan satu tanggungjawab suami untuk menjaga isteri berpantang kerana badan dia baru kehilangan separuh nyawa.. urat2 putus masa proses kelahiran.. tak salah pun kita korbankan lagi 40 hari tidak melakukan aktiviti harian kita selama ni.. 40 hari je bang.. kedai mamak tu pun tak bankrap kalo abang-abang tak pergi kedai dia selama 40 hari.. ikan kat sungai tak abis pun kalo tak pergi mancing 40 hari..
Kita tak rugi pape pun jaga isteri malah lebih mengeratkan hubungan kerana kita tahu peritnye menjaga seorang perempuan bernama ISTERI..
loading...