WIRA

"Ayah janji hendak beli baju raya"

loading...

"Ayah janji hendak beli baju raya bila dia ada sini," itulah kata-kata sayu yang keluar dari mulut Mikhail Adam Riaz, 11, anak sulung kepada Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Chukai, Terengganu, semalam.

Mikhail yang merupakan anak sulung daripada enam beradik ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuatan berkata, dia tidak menyangka solat berjemaah selepas bersahur bersama-sama awal pagi semalam merupakan kali terakhir dia melihat ayahnya.

"Selepas sahur kami bersolat subuh bersama-sama dan ayah menjadi imam seperti biasa setiap kali balik ke Kuantan. Itulah kali terakhir saya berjumpa ayah sebelum menyambung tidur."

"Ayah tidak ada pesan atau menunjukkan apa-apa perangai pelik... cuma dia ada kata hendak membawa adik beradik membeli baju raya untuk menyambut Aidilfitri," katanya dalam nada sebak ketika ditemui selepas menerima lawatan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Menurutnya Mikhail lagi, dia hanya mengetahui kejadian malang yang menimpa ayahnya itu melalui panggilan telefon kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

Screen%2BShot%2B2017-06-16%2Bat%2B9.52.13%2BAM-01
Allahyarham Mejar Yazmi bertugas di Nombor 6 Skuadron Pangkalan Udara Labuan

Walaupun sedih dengan kejadian berkenaan terutama apabila mengenangkan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, Mikhail tetap menanam cita-cita untuk mengikut jejak langkah ayahnya sebagai juruterbang pesawat pejuang.

"Kalau boleh saya hendak kerja macam ayah saya.... dia beri banyak tunjuk ajar dan nasihat,"

Screen%2BShot%2B2017-06-16%2Bat%2B9.20.56%2BAM

Sepanjang berada di perkarangan Unit Forensik HTAA, Mikhail beberapa kali tidak dapat menahan rasa sedih dan menangis sehingga terpaksa dipujuk oleh Tunku Azizah yang turut tersentuh perasaan dengan keadaan itu.

Keadaan itu menyebabkan anggota keluarga yang hadir di perkarangan Unit Forensik berkenaan tidak dapat menahan perasaan sedih dan turut mengalirkan air mata.

Allahyarham Yazmi meninggalkan seorang isteri, Noor Shafora Izwa Mohd Hilmi dan enam anak iaitu Mikhail Adam Riaz; Mukhriz Anwar Riaz, 10; Muaz Addin Riaz, 7; pasangan kembar, Mika Adden Riaz dan Mika Addin Riaz,4 dan Musa Ayman Riaz tiga tahun. 

Screen%2BShot%2B2017-06-16%2Bat%2B9.50.37%2BAM
Gambar Allahyarham Mejar Yazmi bersama anak-anak di tugu pahlawan
Dalam nahas tersebut, dua juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 Mejar Yazmi Mohamed Yusof TUDM, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari TUDM, 31 dilaporkan hilang di sempadan Pahang-Terengganu kira-kira 11.30 pagi semalam ketika sedang menjalani sesi latihan.

Jasad mereka berdua ditemui pada jarak 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing kira-kira jam 2.30 petang di kawasan berpaya di Kampung Sungai Ibok, Chukai, Kemaman, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan TUDM, Kuantan. Terengganu.


loading...

About Unknown

Powered by Blogger.