SEMASA

AKSI Wanita mengamuk pukul kereta baling kasut viral di facebook.!!

loading...

AKSI seorang wanita mengamuk memukul sebuah kereta berulang kali dan turut menunjukkan isyarat lucah kepada individu dalam kereta tersebut menjadi 'viral' di laman sosial apabila video yang merakam kejadian itu disebarkan melalui Facebook.

Di tengah-tengah video tersebut wanita itu dilihat melakukan aksi lucu apabila menanggalkan salah satu selipar yang dipakai sebelum membalingnya ke arah kereta.

Tidak lama selepas itu dia dilihat menanggalkan sebelah lagi selipar yang dipakai sebelum membaling selipar itu juga ke arah kereta sambil berjalan menjauhi kereta tersebut. Akibatnya dia terpaksa meninggalkan kereta yang 'dia marah sangat' itu dalam keadaan berkaki ayam.

Apa punca sebenar wanita terbabit begitu marah tidak dapat dipastikan secara mutlak, namun berdasarkan sumber di media sosial wanita tersebut sebelum itu dikatakan bertelagah tentang 'parking' dengan pemandu kereta terbabit.

Berikut rakaman video yang dimaksudkan. Sila klik button play untuk menonton. Jangan gelak kuat sangat, takut haus dan dahaga boleh membawa kepada batal puasa.

Sumber : milosuam.net




loading...

About Unknown

Powered by Blogger.