loading...
Tak Sedar Bodoh Sendiri, Lelaki Kantoi Rakam Wanita
TIDAK menyedari kebodohan sendiri, tindakan seorang lelaki yang sedang leka merakam seorang wanita dirakam kembali oleh mangsa.
Insiden aib itu berlaku dalam sebuah tren MRT Singapura dalam perjalanan ke Harbourfront ketika lelaki terbabit selamba duduk bertentangan dengan mangsa sambil memegang telefon dan merakam video mangsa.
Mangsa pada awalnya tidak menyedari dirinya dirakam sehingga terlihat refleksi pada cermin tingkat tren berkenaan yang menampakkan dirinya pada skrin telefon lelaki berkenaan.
Mangsa kemudiannya mengeluarkan telefon dan merakamkan kembali perbuatan lelaki gatal berkenaan.
Video rakaman mangsa yang menunjukkan perbuatan lelaki terbabit berdurasi 1 minit 13 saat itu bagaimanapun tular menerusi media sosial.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Suraj bagaimanapun telah dipanggil oleh pihak polis dan hasil pemeriksaan polis pada telefon bimbitnya mendapati lelaki terbabit menyimpan banyak video lucah.
Menurut polis, lelaki berkenaan cuba memberi alasan dan mengatakan bahawa mangsa kelihatan seperti kakaknya dan sebab itu dia merakam video mangsa.
– MYNEWSHUB.CC
loading...