loading...
IBU AYAH DI LUAR SANA TOLONGLAH AJAR ANAK ANAK ANDA BERADAB DENGAN GURU
Perkongsian di laman Facebook Cikgu Mohd Fadhli
elamat Hari Guru = Ibu Ayah Didiklah Anak anak
Hari guru adalah hari peringati insan yang pernah mengajar kita. Hadiah atau cenderahati bukan ukuran tanda murid itu ingat seseorang guru.
Cukuplah sekadar ucapan terima kasih cikgu atau kemaafan dan mohon keredhaan atas segala ilmu yang telah dicurahkan.
Aku dan isteri ku Nurul Zakiah adalah seorang guru. Acara tahunan kami adalah buka hadiah setelah sampai di rumah.
Namun hati ku terdetik apabila membuka sepucuk surat dari anak murid isteri ku. Aku yakin dan percaya dia bukan murid yang pandai dan bukan murid yang berada. Tetapi murid ini ada nilai ihsan terhadap guru.
Murid ini menghargai isteriku sebagai guri bajasa inggerisnya. Menyatakan penghargaan sepanjang mengajarnya. Dari tidak tahu membaca hingga tahu membaca.
Bagi saya inilah nilaian atau akhlak yang perlu di tanam dalam diri seorang murid.
Akhlak seorang murid terhadap gurunya hendaklah dididik oleh IBU AYAH mereka di rumah. Ibu ayah sepatutnya menghargai guru guru yang mengajar anak anak mereka dengan membentuk peribadi anak anak agar berakhlak mulia terhadap guru.
Di sekolah kebanyakkan murid murid yang tidak memberi hadiah hanya berjalan tanpa kata. Seolah olah guru yang tunggu untuk bersalaman menagih atau mengemis hadiah.
Kami guru guru sempena hari guru ini mengharapkan ucapan “terima kasih cikgu’ atau ‘maafkan kami cikgu dan redhailah ilmu yang cikgu berikan ‘.
Ibu ayah di luar sana tolonglah ajar anak anak anda beradab dengan guru. Kami tidak minta apa2 asalkan anak anak anda beradab dan berakhlak dengan kami.
Selamat Hari Guru..
Boleh hubungi saya untuk menganjurkan program berbentuk kesedaran dan motivasi belajar
Mohd fadhli bin othman
0137001920
Jurulatih Teknik Belajar BEST BELAJAR
Aktivis Pertubuhan Ikram Malaysia
Aktivis Mothers Againsts Pornography
Speaker Modul Goodbye Pornography
0137001920
Jurulatih Teknik Belajar BEST BELAJAR
Aktivis Pertubuhan Ikram Malaysia
Aktivis Mothers Againsts Pornography
Speaker Modul Goodbye Pornography
loading...