HIBURAN

Persoalannya kemana "Gadis Mineral Shell Lama Menghilang? Merajuk eh?..

loading...

Baru baru ini viral mengenai kisah gadis air mineral Shell. Saya pun carilah .. mana tahu dapat berjumpa sendiri dengan Nur Shafila, model gadis air mineral ini. Dengarnya Shell kini sedang sibuk buat promosi dengan gadis air mineral.

Sumber : hasrulhassan.com

Satu hari, semasa dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk bercuti hujung minggu dengan keluarga, saya singgahlah di sebuah stesen Shell di Nibong Tebal, Penang... tapi ... erkk.. Mana poster gadis air mineral? Dah tak ada gambar wajah Nur Shafila! Dah merajuk ke? Ke sebab ramai pelanggan Shell yang rasa marah dan terkejut kerana adanya poster gadis air mineral tu??

Gadis Air Mineral Shell Merajuk?


Gambar gadis air mineral Shell dah tak ada, wajah Nur Shafila yang sebelum ini menarik perhatian ramai pelanggan Shell ketika mengisi petrol sudah hilang ... adakah gadis air mineral Shell merajuk?

Aisey, terlepas peluang nak bergambar selfie dengan gadis air mineral. Ingat nak buat aksi skit dengan poster gadis air mineral, tapi nampaknya ... saya terpaksa terima kehampaan. Dah tak ada lagi gambar Nur Shadila, gadis air mineral Shell. Sebaliknya poster tersebut dibiarkan kosong tanpa gambar. Aisey .... merajuk ke Nur Shafila sampai Shell dah gantikan awak? Adeh ...

Sebelum ini, ramai juga ambil peluang untuk bergambar dengan gadis air mineral Shell, malah ada yang berjaya bergambar dengan Nur Shafila sendiri. Hmm .. cantik gak orangnya tu .. huhu

Nur Shafila Tak Merajuk, Tetapi ...

Ahh rupanya Nur Shafila tak merajuk. Dah ada misi baru buatnya .. gadis air mineral bukan lagi berikan air mineral sahaja .. huhu.

Setelah melihat banyak respon daripada pengguna dan pelanggan Shell, pihak Shell merancang strategi baru. Ada kes poster gadis air mineral dilarikan, malah banyak juga yang dirosakkan. Salah satunya kes poster gadis air mineral Nur Shafila yang telah kehilangan tangan .. uhh sedih nampaknya tuan punya badan sampai ada yang sanggup 'curi' tangannya .. haha... geram kot tak dapat air mineral... tu yang pi ambil tu .. alahai rakyat Malaysia.


Apa daa dok curik .. kan elok bergambar molek-molek macam dua pelanggan wanita Shell di bawah ni .. selfie nampak cun je ... ishh .. huhu...

Banyak Hadiah Misteri Nak Diberikan oleh Gadis Air Mineral

Shell kini memanjangkan kempen gadis air mineral ini dengan lebih rancak lagi. Bukan setakat berikan air mineral, tetapi ada free gift misteri yang bakal pelanggan Shell dapat. Caranya ialah dengan spot di mana Nur Shafila - gadis air mineral sebenar berada, ambil gambar bersama (selfie) dan dapat hadiah misteri.

Banyak juga hadiah misteri nak diberikan tu ye .....

Saya ingat gadis air mineral dah merajuk, tetapi rupanya Shell buat strategi baru menarik pelanggan! Wahh bijak betul Shell ... selepas dah viral gambar Nur Shafila, pemilik wajah pada poster gadis air mineral ... derang pi buang gambar tu ... dan minta pelanggan cari pula si Nur Shafila ini berada kat mana.

Untung siapa dapat spot Nur Shafila - gadis air mineral Shell...hehe.. ok, cuba buat latihan sikit, try tanggap Nur Shafila - gadis air mineral di bawah ni .. leh dapat tak? Huhu... klik sahaja untuk tangkap ... :)


Dalam kes viral gambar gadis air mineral Shell, ramai juga yang buat onar .. haha .. patutlah jadi bahan terbitan di beberapa blog, termasuk juga portal berita ... huhu .. rezeki Nur Shafila sebagai gadis air mineral.

Glamor oo Nur Shafila lepas viral gambar gadis air mineral. Sekarang dah boleh jumpa kat mana sahaja dah ...

Kredit Gambar: FB Nur Shafila
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.