loading...
Innalillahiwainnailahirojiun..Al-Fatihah Adik Muhammad Hakim Danish
Perkongsian FB : Nani Hass
Salam takziah buat wildan syurga ALLAH.. adik muhammad hakim danish..beliau seorang yg periang dan sihat sentiasa..tiada kanser tiada penyakit kronik..tetapi ALLAH menguji beliau serta keluarga beliau dgn demam serta batuk..Allah..siapa sangka..ALLAH terlalu menyayangi beliau..Al fatihah untukmu sayang adik hakim..
Coretan ibunya tercinta Amir Aishah Terima kasih kepada semua yang tidak putus2 memberi salam takziah dan kata-kata semangat untuk kami satu family...
Dan terima kasih juga pada yang mendoakan kesejahteraan anak syurga kesayangan kami muhammad hakim danish bin amir firdaus serta sedekahkan al-fatihah untuknya... Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya...
Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk reply komen-komen semua...
*** kisah arwah adik
Muhammad hakim danish ini sebenarnya hanya bermula pada batuk-batuk yang agak lama dan diiringi demam yang sekejap baik sekejap panas.. Penyakit ini berlarutan hingga ke 2 minggu terakhir.. Semasa kami pergi kehospital (columbia asia setapak) niat kami hanya ingin membawa adiknya sahaja kerana keadaannya nmpak lebih bahaya daripada abangnya... Akan tetapi apabila dihospital dokter yang merawat adik kepada hakim iaitu muhammad hakim danial mengatakan kepada kami bahawa keadaan arwah sangat teruk dan sila bawa ke wad kecemasan... Dan dari situlah arwah mula bernafas menggunakan oksigen... Demam yang tak kebah batuk semakin teruk... Result xray arwah menunjukkan ada kuman di paru-paru tapi keadaan masih stabil (sebenarnya keadaannya sudah sangat teruk tapi biasalah hospital swasta) akim masih ditahan dan berlarutan sehingga seminggu dan keadaan makin teruk sehingga terpaksa ditukarkan ke wad ICU. Keadaan arwah tidak menunjukkan tanda2 positif malah semakin teruk Dan akhirnya ditukarkan ke PICU institut pediatrik hospital kuala lumpur. Kuman pada paru-paru arwah semakin banyak dan didapati ada 3virus positif. Dan makin lama makin tenat oksigen yang dipakai oleh arwah tidak lagi boleh diterima... Kuman juga telah merebak pada hati dan buah pinggang.. Maaf semua tak sanggup nak teruskan... Tiada kekuatan😢😥😢adiknya danial telah discharge pada hari rabu.. Akan tetapi pada 3 hari lepas bersamaan pada hari sabtu 20.5.17 adik bongsu arwah iaitu puteri iris aleesya terpaksa ditahan juga di wad kecemasan kerana bernafas laju, batuk-batuk dan demam yang berbalik.. Sehingga hari ini adik puteri masih berada diwad KK1 institut pediatrik bilik khas kerana dikhuatiri mengalami simptom yang sama seperti abang2nya.
Doakan adik puteri iris aleesya cepat sembuh seperti sediakala.. Aaaminn ya rabbal alamin
loading...