loading...
Gambar sekadar hiasan |
AWAS! HATI-HATI DENGAN LELAKI PENJUAL PERFUME
Dari perkongsian di laman Facebook Umi Azra
Pagi tadi masa kt kedai ada sorang laki ni datang ke kedai, berlegar² kat dalam kedai, tapi tak beli apa pun. Dua orang pekerja yang jaga kaunter nasi dan roti canai dah rasa semacam tengok gerak geri beliau.
Selepas tiada customer di dalam kedai, beliau masuk sekali lagi dan terus ke kaunter pembayaran. Iols ingat dia nak bayar ke nak order air ke. Tapi rupanya saja nak berborak (sambil mata meliar tengok pekerja² kat dapur).
Beliau tanya tentang minyak wangi yang berada di atas kaunter, “takde yang warna hitam ke?”. Iols jawab la takde tu je yang tinggal. Tiba² beliau keluarkan perfume dari beg beliau, dan minta sy bau perfume tersebut. Iols ckp la eh takpe, sy taknak.
Tapi beliau tetap paksa jugak siap minta pergelangan tangan utk beliau calit perfume kt situ. Masa tu dh rasa semacam dah. Pekerja yang kt depan tadi dh bg isyarat jangan.
Terus iols tengok handphone dan tak layan beliau. Sekali lg beliau paksa utk bau perfume. Bila tak dilayan beliau tanya pula rumah dimana. Iols ckp la kt depan tu. Beriya pulak dia tanya mana satu rumah? Bila tengok iols tak respon, beliau tetap berdiri depan kaunter sambil ambil pencungkil gigi (buat main²).
Tak lama lepas tu ada satu kereta parking dpn kedai, hon sekali, terus mamat tu beredar cepat masuk kereta. Tak tau la apa motif dia tapi nak gugur jugak jantung ni tadi, rasa nak nangis pun ye gak.
Nasib baik pagi tadi pekerja pun ramai & diorang dah alert masa lelaki tu dtg ke kaunter. Berhati2 la semua, nak raya ni mcm² hal boleh jadi.
loading...