KRT

"Suami cakap dia sunyi, perempuan tu cantik dan saya pula sibuk kerja"

loading...

Daripada Kisah Rumah Tangga:

sumber : thealternatif.com

Salam admin..mohon hide fb saya..apa yang saya ceritakan nie baru sahaja berlaku dalam rumahtangga saya..saya jadikan pengajaran supaya takkan berulang lagi..mungkin ada sesetengah pihak akan mengatakan ia keterlaluan.tapi saya tak kisah.sebab saya tak nak hilang suami dan tak nak anak saya hilang ayah.

Saya dan suami dah berkahwin 3 tahun setengah dan dikurniakan seorang anak..dari awal perkahwinan suami tidak pernah menunjukkan tanda2 minat kepada wanita lain..saya berkahwin dengan dia pun sebab dia setia dengan saya..4 tahun bercinta..dia tak pernah curang dengan saya..baru2 ini saya outstation ke Johor atas urusan kerja.kerja saya sepatutnya 18 hari.sepanjang di sana saya hari-hari minta dia video call sebab rindukan anak..dia video call macam biasa..saya tak syak apa-apa..dijadikan cerita kerja saya siap awal..tak sampai 18 hari.selesai semua kerja saya buat keputusan untuk balik terus ke rumah kerana rindukan mereka berdua.

Saya sampai di rumah saya pukul 12.30 malam.suami dah tidur..saya mandi dan siap2 untuk tidur..saya peluk cium anak..rindunya 2 minggu tinggal..ketika saya nak selimutkn suami,saya ternampak handphone masih d tangan.( suami saya kalo dah tidur,memang dia tidur mati tak sedar ).saya ambil handphone di tangannya untuk dletakkan di meja.mungkin Allah nak tunjuk pada saya.ketika saya pegang handphone dia,1 mesej masuk di application WeChat bertulis “GOOD NIGHT SAYANG..SWEET DREAM..I MISS U..I LOVE U..” tangan saya mula bgetar..saya anggap mungkin group wechat.saya kuatkan hati untuk buka check mesej itu.. Allahuakhbar..jatuh air mata saya..mendidihnya hati saya time tu..mesej dari seorang wanita..saya kejut suami saya untuk minta penjelasan hal sebenar. tetapi dia tak bangun..memang dia jenis lena mati..saya kuatkan hati..saya scroll semua msg2 tu..hati saya kian remuk..nak tau apa yang saya jumpa? gambar kemaluan perempuan itu dalam keadaan dia mengangkang..dia snap dan sent kepada suami… Allahurabbi..perempuan tu hantar gambar kemaluan dia pada suami saya..gambar “nasi lemak” dia pun dia hantar..saya sedih sangat..saya sendiri sebagai isteri tak pernah pun hantar gambar macam tu pada suami saya..walaupun kami halal..malu..


Malam tu saya jadi macam orang hilang arah..segala penat bekerja hilang sekelip mata..saya kuatkan hati untuk reply wechat perempuan itu,guna hp suami saya..saya terangkan bahawa saya isterinya..dan saya baru dapat tahu perlakuan suami saya di belakang saya.suami saya curang.suami saya phone sex dengan perempuan lain..saya cakap kat perempuan tu,kalo betul nak kan suami saya,ambillah..buat la dengan cara halal. saya rela lepaskn suami saya.saya tak sanggup bermadu..di akhir msg itu saya letakkan no telefon saya ..kemudian saya screenshoot semua msg2 & gambar yang ada dalam hp saya.saya sent kepada mak mertua saya.malam tu jugak..kemudian,saya letak kembali handphone dia.saya pura2 tidur..tapi saya tak mampu menahan air mata saya daripada mengalir.habis 1 bantal basah dengan air mata saya..bila dah dekat subuh,suami saya bangun.saya tengok dia melalui celah2 bantal peluk,dia terkejut tengok saya ada sekali. dia tak tahu yang saya nak balek.saya fikir saya nak buat surprise kat dia..akhir sekali saya yang terkena surprise..saya pura2 tidur..nak tengok reaksi dia..kemudian dia bukak handphone.saya tau dia mesti baca msg yang saya dah sent kat perempuan tu.air muka dia berubah.dia bingkas bangun dari katil.dia berjalan ke hulu ke hilir dalam bilik sambil garu2 kepala..sesekali dia meraut wajah dia sambil tengok saya yang tengah tidur.masa tu air mata saya dah stop..tak banyak macam td..bila tengok muka dia saya jadi geram.. 

Saya bangun pergi ke toilet nak cuci muka.dia tarik tangan saya..nak cakap sesuatu.tapi saya tak endahkn.saya buat macam orang pekak bisu.saya tak cakap sepatah pn kat dia..bila hari dah siang,dia tak pergi kerja.sibuk memujuk saya..masa tu tahap kemarahan saya dah memuncak..saya tak mampu nak kawal emosi.saya dah jadi hilang kawalan..kepercayaan yang saya berikan dia dah hancurkan..ibarat hati saya yang dah hancur berkecai.saya serang dia..saya tumbuk dia,saya tampar pipi dia,saya belasah dia habis habisan..dia memang terkejut dengan perlakuan saya.sebab saya seorang yang lemah lembut tak pernah tinggikan suara kat dia..dia tak melawan..dia cuma menangis..saya minta cerai.dia taknak lepaskn saya.saya siap2 nak ke pejabat agama dia melutut merayu peluk betis saya,cium kaki saya…saya tak endahkan..saya minta dia packing kain baju dia,balek rumah mak dia..( rumah yang dia tinggal sekarang adalah rumah pusaka keluarga saya )..saya keluar bawak anak tapi saya tak pergi pejabat agama.saya taknak family saya tahu..balek rumah saya tengok rumah kmi dah kosong tanpa pakaian dia..saya sedih.rasa bersalah sebab halau dia..tiba2 dengar kereta dia balek.dia masuk ke rumah sambil menangis. dia cakap yang mak dia jugak tak terima dia..mak dia marah selepas dapat msg daripada saya semalam..kesian pula saya tengok..

Dia minta saya duduk..dia nak jelaskan hal sebenar.saya bagi peluang dia jelaskan.dia cakap dia sekadar suka2 saja melayan perempuan tu.lepas tu saya tanya lagi kenapa cari perempuan tu, dia cakap dia sunyi,saya bz kerja..saya cakap kat dia, dia takkan sunyi kalau dia mampu sara saya & anak.masalah nya dia beri nafkah sebulan rm100.. itulah pampers anak..itu lah barang keperluan saya.memang tak cukup.saya tanya lagi,apa kurangnya saya..apa lebihnya perempuan tu.

Dia cakap perempuan tu cantik putih gebu..saya makin panas..saya ajak dia kluar..dia ikot saja.sampai di mall,saya masuk ke satu kedai menjual product2 kecantikan..saya amek satu persatu barang yang saya nak..saya ambil jamu..saya ambil minuman collagen,saya amek kapsul,saya amek set penjagaan diri..saya ambil krim muka yang berjenama dan lain2 lagi..lepas dah selesai,saya minta dia bayarkan. berkerut dahi dia total barang semua rm400 lebih..dia cakap dia tak da duit nak bayar..saya cakap kat dia,saya tak nak dengar alasan tak ada duit.bila saya cakap saya nak dia mesti bayar..selama 4 tahun bercinta,3 tahun kahwin saya tak pernah mintak apa pun daripada dia.apa yang kurang,saya beli guna duit saya sendiri..yaa..banyak yang kurang..walaupun pencuci muka rm5 pn dia tak pernah belikan untuk saya..dengan berat langkah dia pergi ke ATM kat situ..kemudian dia datang smula untuk bayar harga barang tu..masuk dalam kereta,saya cakap kat dia nak cantik bukan pakai air liur saja taw..semua pakai duit.awak bagi saya sebulan rm100.itulah barang anak.itulah barang saya..mcmna saya nak cantik. kadang-kadang baki kat tangan saya tak sampai rm10..saya nak beli apa dengan nilai tu..dia diam saja..puas hti saya..kmudian saya minta rm500 kat dia..saya tipu dia saya cakap saya nak amek injection vitamin c.. esok nak kena drip nak bagi putih gebu..dia merayu cakap stop buat semua nie..dia dah takda duit..saya ugut dia,kalo kedekut duit,tak ada duit,jgan berangan nak saya jadi cantik2..walaupun saya bekerja, tapi duit saya banyak saya habiskan untuk perabot rumah kami, makan pakai saya dan anak & barang dapur..kadang pakaian saya sendiri pun tak bersalin..

Keesokan harinya..dia cakap dia tak mampu bagi saya rm500 sebab betol2 tak ada duit..dia bagi saya rm100 saja.saya tak ambil duit tu..saya buat bodoh..kemudian,petang tu saya buat surat perjanjian hitam putih antara kami..(surat tak rasmi).dalam surat tu ada beberapa perjanjian yang dia perlu ikot.kalo dia langgar perjanjian tu,saya ugut bawak kes ke pejabat agama..antara isi kandungan surat tu,dia mesti sediakan barang keperluan saya,dia takkan berlaku curang lagi,dia takkan phone sex dengan mana-mana perempuan,dia akan delete WECHAT dan takkan install lagi..lepas dia setuju,dia tandatangan surat tu bersaksikan abg dia dan kakak saya sebagai saksi pertama dan kedua…dia pun tak sangka saya akan buat gila mcmni.hati saya time tu masih tak dapat nak maafkan dia 100% ..

Malam tu saya minta izin saya nak kluar jumpa kawan..saya mtk dia jaga anak.tapi sebenarnya saya pergi jumpa ustazah sekolah lama saya. saya mtk pandangan & pendapat tentang masalah saya..saya tak mampu nak buat keputusan secara waras sebab saya masih lagi marah kat dia..hati saya jadi dendam..lepas dengar nasihat ustazah,saya rasa macam okey sikit..saya balek malam tu saya buat solat sunat tahajud,solat taubat,solat istikharah.mohon Allah bagi petunjuk kat saya.mohon Allah bagi ketenangan hati kat saya. mohon Allah bagi kewarasan akal kat saya.mohon Allah kembalikan suami saya yang dulu…selepas beberapa hari,saya rasa dah semakin baik.semakin tenang..saya mula sedar apa yang saya lakukan pada dia adalah keterlaluan.saya bukan nak seksa jiwa dia,tapi sebenarnya saya nak dia tahu, nak cantik kena guna duit..lagi 1 saya buat perjanjian tu bukan nak kontrol dia..tapi saya sayangkn suami saya..saya sayang kn rumahtangga saya sangat-sangat..saya taknak hilang dia.saya taknak anak saya hilang ayah. saya buat semua tu untk pengajaran supaya takkan berulang lagi di masa akan datang. supaya dia selalu beringat. 
Dalam masa saya bergaduh teruk dengan dia, perempuan tu ada whatsapp saya..minta maaf..sebab dia tak tahu suami saya dah berkahwin..tak apa..saya maafkan..benda dah jadi pun..

Selepas kejadian tu,saya dan suami dah jadi semakin erat,semakin rapat.suami saya jarang dah keluar rumah..jarang melepak tengah2 malam..selalu hbiskan masa dengan saya dan anak..selalu bawak saya pergi beli brang dapur..Alhamdulillah..walaupun ujian Allah itu perit,tapi ada kemanisan di pengakhirannya..saya berjanji akan jadi isteri yang terbaik untuk suami saya..smoga suami saya tak ulang dah kesilapan dia..tolong doakan kebahagiaan kami…

buat perempuan itu,terima kasih hadir dalam hdup suami saya.mulanya saya benci awak.tapi saya amat berterima kasih pada awak.Sekarang suami saya lebih menghargai saya..lepas khadiran awak,saya dah dapat balik suami saya yang dulu.yang masa mula2 kami kahwin..yang romantik..yang penyayang.. terima kasih.smoga awak dapat jodoh terbaik & bukan dikalangan suami orang..buat ustazah,terima kasih atas khidmat nasihat dan pandangan yang ustazah bagi..saya amat menghargainya.terima kasih tenangkn perasaan saya,beri kata2 positif untuk saya..terima kasih sebab buat saya kuat kembali..

Serba sedikit kisah yang saya kongsikan..yang baik tu daripada Allah..yang khilaf tu semuanya dr diri saya sndri..saya manusia dan isteri yang tak sempurna..masih banyak kekurangan yang perlu saya baiki…mohon doakan kebahagiaan saya bersama suami..

saya doakan kalian semua dapat kebahagiaan masing-masing..

Apa yang Allah uji sesuai dengan kemampuan kita…

terima kasih admin siarkan kisah saya..terima kasih wrga KRT sudi membaca. 


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang disiarkan di laman ini ada diantaranya berasal dari pelbagai sumber media yang lain. Hakcipta sepenuhnya masih dipegang oleh sumber berkenaan. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan hal berkenaan, sila hubungi kami.
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.