Umum

Jangan Mengada Nak Bedah Kerana Konon Malu!

loading...

PENCERAMAH bebas, Syamsul Debat tampil memberi komen berhubung amalan pembedahan semata-mata untuk kelihatan cantik atau kacak yang semakin menjadi-jadi dalam masyarakat Malaysia.
sumber : mynewshub.cc
Bergelar ustaz dan terkenal dengan jenakanya yang sinis dalam siri ceramahnya, beliau berkata, mengubah kejadian Allah dengan alasan malu dengan orang sekeliling sesuatu yang tidak dibolehkan dalam Islam.
Bagaimanapun katanya, dalam Islam terdapat beberapa kelonggaran untuk seseorang itu melakukan sesuatu bagi mengubah fizikal atau kejadian asalnya.
“Kalau buat pembedahan sebab sekadar malu saja tak boleh, sebab pandangan setiap orang tak sama.
“Orang cakap saya tak ‘handsome‘, tapi bini saya cakap ‘handsome‘, esok pula jiran kata muka saya kena buat sesuatu, kalau gaduh pasal ni sampai bila pun tak habis,” katanya kepada mStar Online.
Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail berkata demikian sebagai mengulas mengenai kesanggupan sekelompok masyarakat yang sanggup berhabisan ratusan ribu ringgit untuk membuat pembedahan semata-mata malu dihina atau diejek hodoh oleh masyarakat sekeliling.
Malah, terdapat seorang lelaki yang kini berwajah baharu persis artis K-Pop selepas membuat pembedahan plastik kerana mendakwa wajahnya yang dulu buruk, gelap, hitam dan berjerawat teruk.
Bagaimanapun, katanya membuat pembedahan atau rawatan kerana seseorang itu mengalami masalah kesihatan hukumnya harus.
“Kalau sebab jerawat, parut, ruam yang banyak di mukanya atau yang bernanah kita faham, maknanya kulitnya tak sihat, itu tak jadi masalah.
“Yang jadi masalah muka dah elok tapi nak ubah jadi lebih cantik, yang itu saja-saja mengada memang tak dibenarkanlah,” katanya.
Alasan ‘kerja’ juga merupakan satu lagi contoh yang membolehkan seseorang itu dibenarkan melakukan sesuatu terhadap fizikalnya yang dirasakan bermasalah, tetapi ia tetap tidak boleh dilakukan dengan berlebih-lebihan.
“Mungkin kerjanya kena berdepan orang ramai, kena nampak cantik dan kemas, itu hukumnya harus.
“Tapi janganlah sampai berlebih-lebihan, dia pergi bedah satu badan buang lemak, kecilkan pinggang, lebarkan bibir,” katanya memberi contoh.
Dalam konteks ini, kata Syamsul Amri, Allah telah memberikan yang terbaik untuk setiap makhluk ciptaan-Nya dan ia perlu difahami setiap individu.
Katanya, dalam isu ini, konfliknya adalah antara larangan dan keperluan, justeru terdapat banyak pandangan mengenainya.
“Dalam Islam bila sesuatu itu berlebih-lebihan, memang tak betullah, kalau buat dengan niat baik dan ikut keperluan ia dibolehkan.
“Semuanya berbalik kepada tujuan kita. Kalau ia sehingga mengubah kejadian Allah memang salah, hukumnya berdosa,” katanya

Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang disiarkan di laman ini ada diantaranya berasal dari pelbagai sumber media yang lain. Hakcipta sepenuhnya masih dipegang oleh sumber berkenaan. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan hal berkenaan, sila hubungi kami.
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.