Kontroversi

"Api Neraka Tu Panas" - Respon Netizen Bila Raja Ilya Nak Buat Surgeri Untuk Filem Marvel

loading...

Raja Ilya juga berkata beliau tidak akan beraksi bogel mahupun babak yang boleh menjejaskan namanya.

sumber : says.com


Raja Ilya sanggup melakukan pembedahan demi membintangi filem adiwira terbitan Marvel yang juga naskhah Hollywood pertama lakonannya

Menurut laporan BH Online semalam, pelakon cantik berusia 32 tahun itu memberitahu beliau harus berkorban untuk kelihatan setanding dengan pelakon antarabangsa lain.


Oleh sebab itu, beberapa persediaan awal perlu dilakukan, termasuk menjalani pembedahan dan menghasilkan otot tubuh.

"Syarikat perfileman antarabangsa agak was-was untuk menerima pelakon dari Asia, terutama bakat beragama Islam. Begitupun demi karier dan peluang keemasan ini, saya sanggup mengambil risiko," katanya. - bharian.com.my

Dalam pada itu, untuk membawakan watak tersebut dengan baik, beliau perlu berlatih berlari dan bakal menjalani latihan mempertingkatkan stamina, sama ada di Los Angeles, Atlanta, New York atau London, awal tahun depan

Raja Ilya akan berangkat ke Amerika Syarikat pada Disember ini dan beliau akur apabila tidak dapat menjayakan projek lakonan di negara ini sepanjang 2018 bagi memberikan tumpuan kepada filem yang enggan didedahkan dulu judulnya itu.

"Saya pula bukanlah menetap di sana, sebaliknya akan tetap pulang ke Malaysia. Cuma apabila ada tuntutan watak, barulah saya akan terbang ke AS," ujarnya.

Namun, nampaknya Raja Ilya menerima cemuhan yang hebat daripada netizen. Rata-ratanya mengeluarkan komen berbaur negatif. Ini antara komen-komen yang diutarakan:

1. Penunggang agama


2. Kalau setakat berlakon pegang tombak...


3. Artis hollywood nak badan cantik 
diorang amalkan diet ketat dan pergi gym


4. Moga kita sama-sama diberi hidayah dan kekuatan


5. Api neraka tu panas 99 kali ganda


6. Tak sabar nak tengok artis Islam Malaysia beraksi



7. Dalam kubur nanti Allah tak beri kelonggaran


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang disiarkan di laman ini ada diantaranya berasal dari pelbagai sumber media yang lain. Hakcipta sepenuhnya masih dipegang oleh sumber berkenaan. Jika terdapat sebarang masalah berkaitan hal berkenaan, sila hubungi kami.
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.