ILMU

Tips 30 Saat, Internet Unifi/Streamyx boleh jadi laju/stabil: Aplikasi rasmi dari TM

loading...

Perkongsian FB : Abu Habib


Tips 30 Saat, Internet Unifi/Streamyx boleh jadi laju/stabil: Aplikasi rasmi dari TM.

Assalamualaikum, apa khabar semua?. Selamat berpuasa.

Hari ni aku nak share, satu tips menstabilkan dan mungkin melajukan capaian internet Unifi/Streamyx yang aku dapat dari seorang rakan FB. Almaklumla, bulan puasa ni, internet pon kadang-kadang lemau jugak yer...

Yang buat biz online mesti cuba cara ni, maklumla internet adalah nyawa kepada biz mereka. Rayo dah dokek haaa...pulun2.

Kaedah ni sangat sesuai untuk korang yang tinggal di flat/kondo/perumahan/ofis yang banyak wifi network.

Ok apa yang aku nak share ni memang khas hanya untuk pengguna Unifi/Streamyx sahaja, sebab apa?...sebab tips ni memerlukan anda install satu aplikasi android yang dihasilkan khas oleh team R&D Telekom Malaysia, TM. Tapi sebenarnya boleh diaplikasikan pada mana-mana rangkaian yang menggunakan modem DSL(Kaedah lain, tapi konsep yang sama).

Ok aku akan terangkan ikut penerangan terus pada caption setiap gambar. Rujuk setiap gambar dan ikut step pada caption gambar, simple jer cara dia. 30 saat jer.

P/S: Saved post dulu sblom hilang dari feeds. Senang nak refer bila sampai rumah/ofis

Ok, ni step dia.


1- Korang kena download dan install aplikasi android, "Wifi Optimiser Tool" di Google Play. Hanya search Wifi Optimiser Tool ataupon boleh search by developer Telekom Malaysia Berhad, logo app dia mcm dlm gambar ni...Eh, app utk iOS takde ke bro?..haa yg tu korang pi tanya TM la awat dorang jaki sangat dengan user iOS.haha...rileks bro, aplikasi ni pon masih dlm fasa percubaan(beta), InsyaAllah akan ada la tu untuk iOS lepas ni.

Download sini:
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.tmrnd.MAST_GBC_TM

2-

Lepas dah install, korang bukak la aplikasi Wifi Optimiser Tool tu dan akan nampak seperti gambar atas ni, simple jer UI dia(baca b.u.r.u.k), maklumla baru beta, so korang takpayah la pegi rate 1 stiar plak kan.haha..show some support bro..hehe.

P/S: Pastikan telefon pintar korang tu bersmbung dengan wifi dari Unifi/Streamyx yer, baru la dia boleh berfungsi dgn baik.

3-

 Lepas dah bukak, korang tap pada icon "Wifi Scan" dan lepastu "Start Scan". So, app tu akan scan la masalah problem dengan wifi korang, yg ni dia ambik masa 30 Saat utk detect sambungan, kestabilan dan kekuatan wifi korang, sementara tunggu korang boleh la zikir-zikir, tambah pahala, cover sumpah seranah time wifi problem sebelom ni, hehe. =) =).

4-


Ok, bila dh siap scan, app tu akan paparkan analisa(report) performance wifi korang, haa brapa bintang Nora korang dapat?. Kalau 5 Bintang(Excellent) wifi dan sambungan internet korang berada pada tahap yang mantap dan bergetah. Kalau tak dia akan rate brapa bintang Nora korang dapat, dan akan suggest untuk Tukar channel. Kalau ikutkan pada paparan gambar atas ni, wifi aku memang miskin(poor), Then aku tap pada button "VIEW REPORT", dia bgtau la blaa..blaa...blaa.....sebabkan bulan puasa, aku malas nak cari gaduh dengan app ni, so aku ikut jer la pada cadangan dia utk tukar channel, Tap pada butang "SWITCH CHANNEL"

5-

Ok then dia mintak aku login ke router(apa benda plak ni?), haa, yang ni korang jangan gabra gelabah itek. yang ni adalah login ke router. By default(factory setting) username dia "admin" dan tiada password(kosongkan ruangan password). Then "sign in", kalau lupa cmne? Klik forgot password la..ataupon refer pada document korang dapat masa kontraktor install dulu, dalam tu mesti dia ada tulis mana2. Takde jugak?....tak dapek nak nolong oiii...

6-

 Lepas dah login, dia akan automatik switchkan Channel untuk korang, dan router korang akan automatik reboot, so skali lagi jangan gelabah itek sebab dia akan re-connect semula, kalau tak dapat reconect semula korang connect la manual.

7.

Kemudian bila dah setel, korang boleh cuba "RE-SCAN" dan tengok berapa bintang Nora dia bagi. Aku punya wifi atas ni dapat 4 Bintang jer, so ok la tu, dari Miskin terus jadi Good.

Lepastu korang boleh la test main Youtube ke Stream ke, tgk ada beza ke tak...ni aku test Speedtest.net, agak stabil (rujuk bar), test play Youtube 1440p, 4K tak lepas la kan (unifi pakej ciput jer).


So, apa sebenarnya app ni buat, app ni optimize channel broadcast ssid wifi korang(hah apo pulak ni?).haha. Setiap wifi yang korang guna tu adalah macam frekuensi radio, dia ada channel dia, channel 1-12, by default kebanyakan router wifi TM mengunakan channel 11, so bila ramai sangat guna channel yang sama, akan berlaku kesesakan la..so instead of guna channel sama, kita guna channel lain, lebih aman. So, utk penguna vendor selain TM boleh jer tukar setting dalam router masing secara manual. Yang penting tahu nk klik dan ubah setting mana.

Macam aku inform awal-awal tadi, app ni masih lagi beta version, dan akan ada update selepas ini(harap2 la), app ni memudahkan non techy user. Lepas ni maybe korang boleh buat macam-macam lagi. Nak ban ip boleh, nk ejas dns boleh, nak blok certain website boleh, nak bypass certain web boleh, nk blok certain user boleh dan macam2 boleh lagi la.
Oraitt, harap tips ini membantu, boleh share dengan orang lain jugak. Kalau tak membantu, atleast korang mencuba, dan kalau masih slow boleh la call 100 dan bercakap heart to heart dengan pegawai teknikal bertugas di hujung talian. Kalau tak setel jugak, boleh la ready pindah vendor lain. The call is yours bro. Consumer Power.

Ok JANGAN LUPA UTK SHARE. Sebarkan kebaikan di hari mulia, bulan mulia.

Internet berpada-pada,
Jimatkan tenaga,
Gandakan pahala,
Majulah sukan untuk negara.

-Abu Habib-
14 Jun 2017 : 0632Hour
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.