Umum

"Nasib baik anak aku semua menyusu badan. Malam² pun aku cukup tidur... Selamaattt.."

loading...

Perkongsian Intan Dzulkefli mengenai perbualan dua orang lelaki mengenai penyusuan anak masing-masing. Sememangnya itulah senario yang berlaku pada hari ini, masih ramai suami tidak menyedari tanggungjawab menyusukan anak bukan hanya terletak di bahu isteri. 

Sumber : thealternatif.com
Pagi itu kami sebenarnya dah terlambat untuk checkup Insyirah 4 bulan. Di klinik orang sudah ramai hingga terpacak ramai bapa & bakal bapa menunggu di luar.

Nak melangkah masuk menuju ke kaunter, terdengar perbualan dua orang lelaki, berbicara agak kuat.

"Pening fikir sekarang belanja dapur. Susu anak-anak lagi. Duit susu je cecah RM300 sebulan. Tu belum pampers, snacks apa lagi semua.." kata lelaki A.

"Banyak tu duit susu. Nasib baik anak aku semua menyusu badan. Meragam ke apa tolak je kat bini aku. Setel. Malam-malam pun aku cukup tidur sebab tak kacau nak main tolak-tolak siapa kena buat susu anak. Selamaattt.." balas lelaki B yang berdiri depan si A ni tadi. Muka sungguh bangga.

Sambil mendukung Insyirah masuk, tak dapat menahan sedih rasanya hati ni bila mendengar sendiri lelaki bergelar suami mengaku sebegitu.

Saya cuma harap lelaki B tu tidak lupa ucapkan terima kasih kepada isterinya kerana susah payah susukan semua anaknya sehingga dia dapat cut kos hidup, tak perlu susah-susah nak bancuh susu & dodoikan anak mengamuk tidur, dia cukup tidur & rehat di malam hari kerana hanya isterinya perlu berjaga seorang diri menyusukan anak-anak.
Allah.

Selalu sangat orang yang tak faham anggap breastfeeding ni senang sangat. Sumbat saja nipple dalam mulut baby. Setel! Padahal... the struggle is real.

Teringat perkongsian seorang sahabat solehah suatu ketika dulu, "seorang suami yang soleh dia akan minta ihsan kepada isterinya, bolehkah isteri tolong menyusukan anak-anaknya kerana tugas untuk menafkahi makan minum anak-anak adalah tanggungjawab seorang bapa. Kalau sekiranya susu badan isteri tiada atau isteri enggan menyusukan anak, si bapa perlu mencari ibu susuannya atau menyediakan makanan gantian. Kalau zaman ini kiranya susu formulalah."

Ramai suami yang memahami & menyokong penyusuan anak-anak, alhamdulillah. Namun, masih ramai juga suami hari ini terlupa tentang kenyataan ini & meletakkan sepenuhnya urusan & tanggungjawab menyusukan anak-anak di bahu isteri. Allah.

Tak tahulah tapi saya rasa dah semacam memang tahap wajib untuk modul kursus kahwin diperbaiki & diperbaharui. Amat perlu adakan kursus ilmiah tentang isteri mengandung, sakit beranak, bersalin & menyusu. Stop nonsense segala jokes tentang seks ntah apa-apa yang buat audiens meluat. Memang perlu untuk ingatkan bakal suami & bapa tentang segala fakta perubahan fasa bagi seorang isteri ni. Untuk elakkan lebih ramai suami yang ignorant & selfish membiak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Wallahu a'lam. 
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.