SEMASA

LIBERALISASI INSURAN Kenderaan. Harga Naik?@Harga Turun?

loading...

sumber : bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Liberalisasi tarif insurans motor dengan pengenalan penetapan harga fleksibel untuk produk insurans kenderaan komprehensif, insurans kebakaran dan kecurian kenderaan akan berkuat kuasa esok.

Justeru, bermula esok juga, faktor risiko akan diambil kira untuk menentukan premium insurans pemegang polisi kenderaan bermotor.

Selain nilai diinsuranskan, keupayaan enjin, umur kenderaan dan umur pemandu, premium mungkin didorong faktor lain seperti ciri keselamatan dalam kenderaan, tempoh kenderaan berada di jalan raya, lokasi geografi kenderaan dan kesalahan lalu lintas yang pernah dilakukan.

Liberalisasi insurans motor bermaksud harga produk insurans motor tidak akan lagi ditentukan berdasarkan Tarif Motor (senarai harga yang telah ditetapkan), sebaliknya harga produk insurans motor akan ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.

Penanggung insurans dan pengendali takaful boleh mengenakan premium yang berpadanan dengan faktor risiko yang lebih luas yang sedia ada dalam kumpulan pemegang polisi yang diinsuranskan dan juga menjual produk baharu yang tidak ditetapkan di bawah tarif.

Premium insurans dikira berdasarkan nilai diinsuranskan dan model kenderaan. Selain itu, penanggung insurans dibenar menggunakan bebanan premium terhad berdasarkan umur pemandu dan jumlah kemalangan yang pernah dialami.

Bergantung pada rekod tuntutan oleh pemandu, premium yang dikira untuk dibayar diselaraskan dengan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD). Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati peratusan NCD yang lebih tinggi hingga 55 peratus. Bagaimanapun, pemandu mungkin menerima sebut harga yang berbeza daripada penanggung insurans yang berbeza disebabkan faktor lain seperti dinyatakan di atas.
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.