SEMASA

Lelaki Tertua Amerika Meninggal Usia 138 Tahun

loading...

SEORANG lelaki dikenali sebagai John Smith dikatakan sebagai manusia paling tua di Amerika Syarikat (AS) apabila meninggal dunia dalam usia 138 tahun pada 1922 setelah lahir pada 1784.

Namun pada zaman yang masih belum ada kemodenan itu, usia lelaki suku Indian tersebut menimbulkan persoalan hingga timbulnya pelbagai kontroversi.
Bagaimanapun, segala kontroversi itu berjaya dijawab dengan keadaan wajah John seperti kulit pokok yang menunjukkan dia memang sudah tua.
Sepanjang kehidupannya, dia gemar memancing, menunggang kuda dan menaiki kereta api selain muncul dalam beberapa gambar bergerak dan menjual poskad.
John Smith mempunyai lapan isteri tetapi tidak mempunyai anak kecuali seorang anak angkat bernama Tom Smith.
Pesuruhjaya Persekutuan Indian, J.Powell membantah umur John Smith yang dikatakan berusia 138 tahun dan menjelaskan keadaan muka berkedut itu disebabkan penyakit serta menjangkakan umur John tidak lebih 88 tahun.
Lelaki Tertua Amerika Meninggal Dunia Di Usia 138 Tahun
Paul yang merupakan individu yang pernah bertemu John berkata, lelaki Indian itu mengaku usianya ‘tujuh atau lapan’, lapan atau sembilan’ dan sepuluh tahun ketika kejadian bintang jatuh.
Bintang jatuh merujuk kepada peristiwa hujan meteor Leonid yang berlaku pada 13 November 1833.
Seorang ahli sejarah tempatan, Carl Zapffe menulis: “tarikh lahir orang Indian abad ke-19 telah secara umumnya ditetapkan oleh kerajaan berhubung dengan pancuran mengagumkan meteor yang dibakar melalui langit AS sebelum subuh pada 13 November 1833, ia menakutkan untuk bangsa bertamadun dan tidak bertamadun.Jelas sekali ia adalah akhir dunia (kiamat).”
Ini sekali gus menjelaskan bahawa umur John tidak lebih daripada 100 tahun sehingga hari kematiannya.
Walaupun usia John diragui, batu nisannya tetap dicatitkan sebagai usia 138 tahun. –

MYNEWSHUB.CC
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.