loading...
Hasil perkongsian dari page FB
Malaysia Military Power
NAK KENANG SEJARAH?
SEJARAH BOLIH PERGI MAMPOS
Besi buruk dipanggil Nuri yang kami bisingkan tu bukan sebarang Nuri. Ianya ada Nilai sejarah.
Ada sejarah disebalik kerangka alumina tersebut yang menjadi sebab kenapa Muzium Tentera Darat sangat menginginkan agar ia dipelihara walaupun lompong segala isi pesawat tersebut dan tinggal kerangka buruk rosak rabak. Sebab tu pihak Muzium Tentera Darat telah mohon secara rasmi sebanyak dua kali kepada TUDM untuk dapatkan kerangka Nuri itu.
Aku ulang just incase ada bahalul kata Muzium taknak nuri ni.
Muzium Tentera Darat telah mohon secara rasmi sebanyak dua kali kepada TUDM untuk dapatkan kerangka Nuri itu.
FM1718 atau kemudiannya M23 - 15 adalah pesawat yang bersejarah.
Pada 26 Mei 1978 pesawat ini telah melakukan CASEVAC dan BODIVAC membawa keluar anggota tentera yang cedera dan terkorban semasa Ops Sedar Gubir II, Sungai Baho - Sungai Seraya, LP MKR INDIA.
Pesawat ini dengan callsign Capung 282 Juliet meredah zon bahaya, mengambil risiko yang tinggi demi menyelamatkan nyawa anggota tentera semasa Ops Gubir.
Ia terbang siang dan malam dan bagaimanakan pesawat ini di layan sebagai besi buruk. Bukannya muzium tak minta.. Tetapi tetap di lupuskan bersama2 sampah sarap yang lain.
Ia sebilang masa meredah belantara khatulistiwa negara kita membawa pejuang dan wira wira kita membanteras pengganas komunis.
Dan hakikat yang kita tidak boleh sangkal, veteran juruterbang Nuri sendiri terkilan dengan tindakan melupuskan tanpa ada sikit pun mengambil kira nilai sejarah dan khazanah untuk ditatap anak cucu kita berkenaan perjuangan ATM diwaktu negara ini masih muda.
Agaknya Wang Ringgit adalah Raja dan Sejarah hanya selayaknya untuk buku-buku bagi kalangan kita hamba rakyat yang makin terhakis demi hari identiti dan semangat kecintaan kepada pasukan keselamatan dan negara ini walau bobrok sekali pun.
Kalau bukan kita yang pelihara dan pulihara kita nak harap siapa?
Mat Salleh..?
Orang Singapura?
Jauh sekali taikun taikun besar konglomerat kapitalis yang dahaga ringgit dan sen.
Keputusan meleraikan pesawat tanpa mengambil kira option yang pihak muzium tablekan dalam perbincangan juga nampak ada sifat cuba tutup bangkai gajah. Maaf cakap, kalau benar pesawat tersebut sudah dilupus kenapa tak terus dihapus musnah dihari ia dipindah milik dan kenapa hari ni. Pre mature sangat tindakan. Seharusnya ia dilihat sebagai usaha yang boleh mengangkat Nuri itu sebagai relic perang sendiri selain reputasi semua pihak Mindef/TUDM/Syarikat Pelupusan lebih baik berbanding seolah cuba menutupi sesuatu..
Tak boleh ke dirunding untuk diserah kepada muzium. Tak boleh sangat?
Apa sebab? pesawat tu buruk. Itu sahaja?
Nilai disebalik beberapa puluh ribu ringgit untuk selonggok besi sekerap itu apalah sangat kalau nak dibanding kisah sejarah insurgensi yang mana manusia dan mesin sama sama bergandingan memacu usaha juang mempertahan negara.
Tapi itulah, wang ringgit adalah raja.
Wayar kuprum dan keluli alumina yang ada pada pesawat tu nilainya dipasaran kitar semula sangat tinggi sampaikan sudah ada yang tunggu mahu baham dan kaut hasil. Dan jelas pada mangkuk hayun ni bukannya kisah akan sejarah pada kerangka bernombor FM1718 atau M23 dash 15. Duit lagi penting.
Kita marah bukan sebab tak munasabah. Kita marah sebab sikap tak sensitif pada khazanah sejarah yang boleh dipelihara dan dipulihara di pugar untuk kepentingan Ringgit kassorga.
KERETA PERISAI V150 COMANDO DAN DAKOTA C-47B
NI PUN BESI BURUK
Kami rasa elok sangat kalau pihak berwajib Jalan Semarak lupuskan jugak khazanah ni. Yelah dah la buruk takde tayar lubang sana sini buat apa jadi display muzium. Kalau ikut lojik hangpa yang duduk dalam aircond tu benda ni buat kena kutuk je dengan pengunjung kan? Mentaliti katak.
Kan bagus jual jadi besi sekerap. Jadi nanti dapatlah sikit ringgit dan sen untuk sekian sekian orang.
Lagipun bukannya ada orang kisah pun pasal V150 Commando yang kena hit dengan RPG 2 komunis masa di Kroh.
Sejarah pun dah mati. Pada kami elok sangat segala isi Muzium Tentera Darat kat Port Dickson tu pun di lupus, cerai lerai dan musnahkan. Tak perlu simpan. Bukan ada nilai untuk dijadikan iktibar untuk masyarakat Malaysia yang tahap pemikiran dan kecintaan pada pasukan keselamatan dah tahap low class. Maaf silap, bukan low class tapi no class.
Yelah sejarah tu tak penting dalam hidup. Bukannya guna masa kerja pun. Yang penting Ringgit. Tau sejarah dan menghayati sejarah takkan dapat jadikan perut kenyang atau boleh sebabkan kereta korang boleh penuh tangki minyak setiap masa kan?
Jadi baiklah jugak kita tutup je semua muzium. Bukan ada siapa nak pergi. Masing masing pun dah bijak bestari. Alah bila perang tau la nak lari dalam hutan.
Kami meroyan?
Satu sen pun kami tak dapat kalau FM1718 tu selamat ditangan Muzium Tentera Darat atau Muzium TUDM walau apa pun kondisi samada rongkoh atau lompong atau daif uzur sekalipun. Yang kami kisahkan adalah isi cerita disebalik airframe buruk tu yang membantu NATION BUILDING.
Kalau engkau yang belajar tinggi2 pun tak faham apa itu Nation Building.. Takpe .. Pegi sembah duit tu.
Tapi yelah besi buruk je. Bukan ada nilai. Kurang kurang wayar kuprum dan aluminium tu boleh la kayakan sang pengitar semula. Itu lagi penting dari kisah FM1718 yang meredah segenap belantara Semenanjung menjadi kuda kerja melawan insurgensi.
Lagipun kan korang suka lagi komunis diangkat jadi hero. So buat apa kita nak pelihara dan pulihara khazanah nasional ni. Baik jual sekerap je. Duit tu kurang2 boleh la jadi kayu api neraka.
So ape cerita US beria2 nak kita secure Dakota C-47B dan siasat dengan teliti sejarahnya. kita siap hantar pasukan tentera melalui Ops Gangga untuk secure crash site. Pasukan ni dari Muzium Tentera Darat sangat berdedikasi dan penuh harapan. Harapan mereka ialah jika ini komitmen yang Mindef bagi untuk secure sejarah pesawat asing.. Agaknya besarlah harapan relic2 dari angkatan tentera kita akan di selamatkan dan di pamerkan di muzium?
Kepala bana
Apa yang mereka dapat? Pesawat bersejarah negara di anggap besi buruk. Di lupus pastu di potong2.
Haritu aku baca si owner tu kata beliau kolekter dan nak simpan pesawat tu yg menjadi asbab kenapa ia belum dipotong ...walau difahamkan ada pihak yang berminat untuk membeli rangka nuri tersebut selain option yang ditawarkan pihak Muzium TD.
Satu lagi perkara yang tak berapa penting lah kut..
FM17-18 ni bukan ke pesawat yang Mantan PM kita pernah naik dulu. Ya Tun Hussein Onn.
Kebetulan beliau ialah ayahanda Menhan kita sekarang. Agak pelik kalau menhan tak tau perkara ni kan, mesti dia akan selamatkan pesawat ni.
Ooops dah hancur pagi semalam .. Lupa.
Tu sebab kita marah.
Ya urusan pelupusan ATM tu sekian sekian begini. Tapi takkan tak ada satu orang pun yang terlintas kat hati dalam kalangan pembuat keputusan untuk ambil inisiatif.
Yang kita nampak sana tuding jari sini sini tuding jari kata sana.
Macam tu ke impression pada satu organisasi yang dikata professional.
Ya kerangka tu buruk, perlu kos baik pulij tapi muzium sendiri tak kisah asal ada bahagian yang boleh mereka salvage dan jadikan bahan simpanan khazanah untuk tatapan generasi depan. Mereka orang muzium lebih tahu dan lebih arif tentang tu, takkan tak ada satu orang pun pembuat keputusan tanya. Atau yang ada hanya sekadar memandai?
Kalau mindset tiap kita kata : alah buat apa nak simpan besi buruk.
Maka jawab pada kami kenapa V150 yang dihentam RPG di Kroh dijadikan display di Muzium TD. Kenapa kita usaha bawa balik kerangka pesawat era Perang Dunia Kedua. Kenapa kita tatapkan segala artifak perang Jepun dan British.
Saja saja ke?
Kalau ikut pemikiran alah takat besi buruk then kita tutuplah muzium yang ada. Yelah semua tu hanya besi buruk pada pandangan mata kita. Tak bernilai. Elok jual kat tempat pelupusan sampah kan.
MMP
p/S
Hari ini plak genap 37 tahun Gambar Bekas Perdana Menteri Kita Tun Hussien Onn menaiki Helikopter Nuri FM17-18. Notis nombor 18 pada muncung pesawat. Pesawat ini kemudiannya di tukar ke siri M23-15. Yang tinggal kenangan Gambar.. Dah Orang cakap Besi Buruk dah
Tarikh Gambar 14. 6. 1980
Tarikh Hari ini 14. 6. 2017
loading...