SEMASA

"Kau hebat Paan" - Pensyarah dan rakan² kongsi memori bersama Zulfarhan

loading...

Betullah kata-kata dalam peribahasa, "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Walaupun Allahyarham Zulfarhan pergi meninggalkan kita di usia muda, namun hidupnya penuh dengan kebaikan. Pensyarah dan rakan-rakan Allahyarham Zulfarhan mengimbas kembali memori mereka bersama ketika arwah masih hidup. 

sumber : thealternatif.com

Ketika menuntut di universiti, arwah Zulfarhan sememangnya pelajar yang tekun. Arwah juga mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Ini diakui sendiri oleh pensyarah arwah, Dr. Mohd Ariff yang turut terkesan dengan pemergian arwah.

Screen%2BShot%2B2017-06-20%2Bat%2B7.16.17%2BPM
10013813_10152402952129248_1386294086522305747_n
Malah arwah juga amat dilihat menghormati gurunya. Di dalam instagram arwah, arwah sering kali mengambil kata-kata Dr. Ariff sebagai motivasi dalam pelajaran dan hidupnya.

Screen%2BShot%2B2017-06-20%2Bat%2B6.27.16%2BPM
18839144_10155505311629248_1500424205094406427_n




Bagi kawan-kawan arwah, arwah seorang yang amat baik hati. Jawafazz mengimbau kenangan disaat dia mengalami kesusahan, arwah lah yang tampil memberi pinjam wang kepadanya.


Arwah juga dikatakan seorang sahabat yang suka menggembirakan orang lain. Ihsan Sidqi yang mengakui perwatakan  arwah itu jelas sedih dengan kehilangan sahabatnya itu.



Faiz Rahim pula mengatakan Arwah Zulfarhan seorang yang tidak pernah berputus asa. Walaupun singkat mengenali arwah, dia mengakui arwah banyak mengajarnya.


 Sememangnya orang yang baik-baik selalu pergi mendahului kita. Arwah Zulfarhan adalah insan yang terpilih. Semoga kisah-kisah baik arwah dijadikan pengajaran buat anak muda yang lain. Sesungguhnya negara kehilangan permata yang bersinar. Al-Fatiha

loading...

About Unknown

Powered by Blogger.