Kontroversi

"Engkau sibuk bash orang curi design kau, tapi customer kau layan macam hape!"

loading...

sumber : thealternatif.com

Benda yang paling memeningkan buat orang perempuan saban tahun ialah mencari baju raya yang bersesuaian. Sebab itulah sejak dari awal tahun lagi sudah sibuk membeli kain dan menempah baju di kedai jahit masing-masing.

Memandangkan trend semasa kini ramai yang beralih membeli baju raya melalui butik-butik muslimah terkenal kerana ianya lebih mudah dan cepat malah banyak rekaan yang cantik-cantik yang boleh dipilih tanpa memeningkan kepala mereka.

Namun lain pula kisahnya bagi Zulaikha Zubir yang mengambil keputusan memilih baju dari Koleksi Raya Leeyana Rahman apabila dia mengalami pengalaman buruk ketika cuba membeli baju kesukaannya secara online. 

Kecewa dengan servis yang diberikan oleh Leeyanarahman.co, beliau berkongsi kronologi dimana dia telah menempah baju 1 bulan awal sebelum puasa dengan bayaran RM100 pada 23 April 2017. Tiga hari kemudian, dia membuat pembayaran penuh dan diberitahu antara pelanggan yang paling awal membuat tempahan.


Pada mulanya, dia diberitahu anggaran harga bagi baju ditempahnya tidak lebih dari RM400, namun menurutnya setelah menerima respon yang menggalakkan dari pelanggan, harga tersebut tiba-tiba menjadi RM529. Namun, Zulaikha tetap mahukan baju tersebut kerana kesukaran mencari warna yang diinginkan.


Menurutnya lagi, baju tersebut dikatakan akan dikeluarkan pada 6 Mei namun tiada update diterima sehinggakan Zulaikha terpaksa bertanyakan perkara itu berkali-kali hinggalah masuk ke bulan Ramadhan.


Akhirnya, kemarahan Zulaikha memuncak apabila dua minggu sebelum raya dia menerima panggilan mengatakan baju yang ditempahnya telah tiada stok.


Menurutnya, pihak Leeyana Rahman menawarkan untuk memulangkan wangnya dan memohon maaf dengan situasi tersebut. Namun, bagi Zulaikha perkara tersebut tidak patut berlaku kerana dia merupakan antara pelanggan terawal membuat tempahan. Meluahkan perasaannya di Facebook mungkin jalan terakhir Zulaikha yang tidak berpuas hati dengan layanan diterima.

loading...

About Unknown

Powered by Blogger.