KEJAM

BOMOH PETIK NAMA ARWAH ZULFARHAN YANG CURI LAPTOP

loading...

POLIS akan mengambil keterangan doktor klinik swasta di Bangi bagi bantu siasatan kes buli penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan berhubung kes itu.
Katanya, klinik swasta di Bangi itu adalah tempat arwah dibawa untuk menerima rawatan, pada 27 dan 31 Mei lalu.

“Selain doktor itu, kami juga akan menjejaki dan merakam keterangan bomoh yang didakwa menyebut nama arwah sebagai individu yang mencuri komputer riba.
“Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku tindakannya (mencuri laptop).
“Sehingga ini, tiada penahanan dilakukan namun jika perlu berdasarkan bukti hasil siasatan, kami akan membuat penahanan lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan kes itu kemungkinan mengambil masa yang lama berikutan membabitkan ramai suspek namun ia akan dilakukan secara telus.
Harian Metro melaporkan rakan Allahyarham ada berkongsi mesej dengan keluarga arwah yang mendakwa Zulfarhan dipukul sebelum Ramadan kerana dituduh mencuri.
Rakan arwah dipetik berkata, Allahyarham diperlakukan demikian oleh suspek selepas bomoh menyatakan arwah adalah individu yang mencuri komputer riba suspek.

Zulfarhan – Pegawai Kadet Laut tahun tiga UPNM meninggal dunia pada kira-kira 9 malam semalam, selepas didera rakan universiti dengan seterika wap.
Selain itu, Allahyarham juga dikatakan dibelasah dengan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju pada 20 dan 21 Mei.
Sumber: Harian Metro
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.