loading...
Aku tengok, ramai sangat yang post pasal kahwin zaman study dan terdetik nak kongsi sesuatu.
sumber : thereporter.my
Aku tengok ada kawan masa sem 2/3 dah kahwin. Bila tengok latar belakang keluarga, anak orang senang atau anak bongsu, kakak abang dah kahwin, mak ayah kerja bagus. Jadi, aku tidaklah hairan kenapa ada yang mampu kahwin awal.
Jiran aku yang juga kawan sepermainan dari kecil, masuk universiti di utara sama batch dengan aku (2010). Masuk tahun kedua, dia beritahu yang dia nak kahwin dengan teman lelaki dia yang satu kos. Aku sebagai kawan membantah sebab kami berdua cuma asal kampung dan anak perempuan sulung.
Lagipun, adik beradik masih sekolah. Mak dan ayah cuma kerja kampung. Kami pernah berjanji selepas grad, nak kerja, belikan macam-macam untuk keluarga.
Kawan aku ini mendesak orang tua dia agar bersetuju mengahwinkan dia dengan teman lelaki. Aku menangis bila mendapat tahu yang ayah dia sanggup pajakkan tanah semata-mata anak desak nak berkahwin. Keluarga belah teman lelaki tidak mampu nak tolong sebab lelaki itu pun student.
Hari pernikahan dia, aku lihat mak dia menangis dan aku tahu mak dia sedih sebab anak yang menjadi harapan, sanggup membelakangkan keluarga. Malah, mak dia sendiri berpesan kepada aku agar habiskan pengajian dulu.
Sekarang, alhamdulillah kami sudah grad. Semasa keluarga aku nak berangkat ke Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk aku grad, mak kepada kawan aku tadi hanya mengalir air mata dan berkata,
"Dulu kakak berjanji nak bawa keluarga tengok dia grad. Tetapi sekarang dah lain. Makcik tak ada duit nak jalan jauh-jauh,"
Aku cukup sedih melihat mak dia yang aku sudah anggap seperti mak sendiri sebab kami berjiran sejak kecil lagi.
Sekarang, kawan aku itu sudah menjadi surirumah tangga. Suaminya tak bagi bekerja dan mak dia sendiri yang beritahu yang anaknya itu jarang menghubunginya. Apatah lagi nak balik menziarahi mereka. Mak dan ayah yang mengharapkan anak sulung untuk jadi pembantu keluarga kini terpaksa bekerja keras untuk menyara anak-anak yang lain walaupun kudrat semakin tua. Tanah yang dipajak itu pun masih juga tidak dapat ditebus.
Nasihat aku, memang bagus nak kahwin awal tetapi tengoklah keadaan keluarga kita sendiri dulu macam mana. Kalau kau harapan mak dan ayah, tangguhkan dulu hasrat itu. Percayalah kalau kita berbakti pada mak dan ayah, inshaAllah urusan jodoh itu Allah permudahkan bila tiba masanya nanti.
Masuk universiti, tetapkan niat, bukan sibuk nak kahwin memanjang saja. - PIXEL MEDIA
Masuk universiti, tetapkan niat, bukan sibuk nak kahwin memanjang saja. - PIXEL MEDIA
loading...