SEMASA

TMJ ‘Sound’ KJ Tak Hadir Final Piala FA : Ampun beribu-ribu ampun kepada DYAM Tunku Mahkota Johor. Patik mohon berbeza pendapat.

loading...

Ampun beribu-ribu ampun kepada DYAM Tunku Mahkota Johor. Patik mohon berbeza pendapat.

Status Perkongsian dari page : Turn Back Crime Malaysia.


Ampun beribu-ribu ampun kepada DYAM Tunku Mahkota Johor. Patik mohon berbeza pendapat.

Menurut perlembagaan Persekutuan, Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972  telah menyatakan berdasarkan Seksyen 202 (1) Akta 1972 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh melalui pengisytiharan mengerah untuk berkhidmat sepenuh masa kesemua atau mana-mana bahagian daripada mana-mana Angkatan Sukarela.

-Tiap-tiap pegawai dan anggota sesuatu Angkatan Sukarela yang dikerah hendaklah melapor diri untuk berkhidmat pada masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Yang Layak dengan pemberitahuan melalui warta atau dengan cara lain. Pengistiharan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi mengerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa anggota Angkatan Sukarela telah dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, tindakan YB KJ adalah tertakluk kepada Akta 72 dan tindakan beliau adalah tepat berdasarkan undang-undang negara. Seharusnya isu ini tidak dipolemikkan kerana, setiap anggota Wataniah yang telah ditauliahkan adalah berkhidmat demi NEGARA, AGAMA DAN TANAH AIR.

Adalah tidak manis apabila kekecewaan dan teguran Tuanku diatas ketiadaan KJ dengan alasan beliau yang dikatakan berada bersama program Wataniah. Ampun Tuanku , sembah patik harap diampun. Maaf, Wataniah adalah salah satu cabang penting pertahanan negara dan belia adalah benteng negara dan tindakan memperkecilkan/mempertikaikan skop tugas dan tanggungjawab setiap anggota Wataniah adalah sesuatu yg seharusnya dielakkan baik Pegawai ataupun LLP.

Mengenai isu pangkat lantikan KJ, iaitu Brigadier General. Ya, patik pacal hina bersetuju itu perlantikan beliau kelihatan sebagai lantikan politik, tetapi, apa yang beliau lalui ketika latihan asas dan latihan payung terjun adalah benar dan sumbangan beliau dalam pasukan tidak boleh dinafikan.

Seandainya beliau tidak di lantik sbg seorang Brigadier General, beliau tetap perlu menghadirkan diri setiap kali perintah kerahan dikeluarkan. Ini tiada siapa boleh nafikan kepatuhan beliau keatas perintah Markas ATM.

Patik berharap, janganlah kerana kecintaan kepada negara dan tanah air ditidakkan hanya kerana ketiadaan beliau pada Final Piala FA yg lepas. Semua sayang kepada bola sepak negara dan sudah pasti sekiranya bukan disebabkan oleh kerahan wataniah, saya pasti YB KJ pasti akan bersama. Patik menulis bukan bermaksud untuk melindungi KJ tetapi semata-mata kerana perasaan kasih dan sayang serta hormat kepada mereka yg berjuang mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara tanpa mengharapkan pulangan.

Sekiranya, ketiadaan YB KJ bukanlah disebabkan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai seorang Askar Wataniah, maka hujah ini tidaklah menjadi valid.

Mohon kenyataan ini tidak disalahtafsirkan sebagai satu penghinaan keatas DYAM Tunku Mahkota Johor ataupun keseluruhan Sistem Beraja Negara. Niat patik adalah supaya janganlah kita memperkecilkan amanah & tanggungjawab seorang yang bergelar Askar Wataniah.

Bola sepak adalah milik rakyat, tetapi panggilan ibu pertiwi lebih kuat.

Gempur Wira 3X!!!

Sumber: Artikel Turn Back Crime Malaysia
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.