loading...
Pernahkah Kita Terfikir Untuk Berubah
"Satu Kisah Benar Mimpi mati Hidup Semula"
Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lupa)
Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.
Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)
satu kisah benar seorang perempuan yang bermimpi mengenai mati dan diazab di dalam kubur.... dan skrg telah mendapat petunjuk dari Allah.
satu malam aku tidur dan bermimpi sudah menjadi mayat...masa sakaratul maut memang menyakitkan dan roh ku tetap berdiri disebelah jasad dan menangis mengenangkan nasib dah menjadi mayat menyesal dan takut..... aku melihat jasad ku dimandikan dan dikapankan..... dan dihantar untuk disolatkan selepas aku sudah tiada disitu sampai dikebumikan.... aku mendengar talkin dibacakan....dan selepas 7 langkah terakhir suami ku meninggalkan kubur ku....lalu datanglah malaikat (tapi aku tak nampak malaikat tu tapi hanya dengar suaranya je) menyoalku dengan baik dalam bahasa arab aku faham soalan yang diajukan....(dialam kubur... Allah akan memberi kefahaman untuk memahami bahasa arab yang disoal malaikat) tapi tak tau apa nak dijawab mulut ku pula tertutup rapat seperti digam dan aku sebenarnya nak bagi tau yang aku tak tau jawapannya....masa tu aku dipukul dengan tali yang daripada petir dan kilat....aku dipukul sampai hancur dan jatuh daging dari jasad dan terbenam dalam tanah tempat ku duduk (masa malaikat soal aku sedang duduk bukan baring) lalu malaikat menarik rambut ku keluarkan dari dalam tanah yang terbenam dan tercantum semula daging yang hancur tadi tapi sakit dan perit sekali memang tak dapat dilupakan.....aku nangis menjerit kesakitan sambil menyebut Allah hu akbar sakitnya kenapa aku siksa macam ni sedangkan semasa aku hidup aku taat pada perintah allah dan suami (masa itu tiba-tiba mulut ku boleh berkata).......Pada masa tulah aku dengar suara malaikat yang menakutkan itu bagi tau kamu memang taat pada suami.....dan kamu memang solat adakah solat kamu benar2 ikhlas dengan Allah...dan kamu tak pernah dakwah dengan jiran2 ,sedara2,adik beradik walaupun kamu tahu mereka buat dosa dan mereka tidak menutup aurat dengan sempurna....dan lalai dari mengingati allah....(barulah aku sedar dengan dosa yang aku lakukan..... (dan teringat pula di dunia masa aku tengok tv dan bila mendengar azan aku fikir solat boleh qadak kerana cerita di tv belum habis nanti tak tau pula kesudahannya....dan terkadang aku fikir baru je solat nak solat lagi....dan rajin dengar radio mencari hiburan didunia yang melalaikan).....pada masa diazab aku merayu untuk dihidupkan kembali dan aku memanggil ya Allah ampunkan dosa ku aku tak tau pasal tu semua, kalau aku tau aku tak buat.....ya Allah hidupkanlah aku 1 kali je lagi aku janji takkan lalai lagi....dan aku dipukul untuk kali ke2 dengan soalan yang sama dan aku tetap merayu tanpa jemu kerana tak tahan dengan siksaan kubur ku....malaikat berkata dengan suara yang menakutkan semua ahli neraka minta perkara yang sama iaitu minta dihidupkan semula tetapi tidak akan dilayan kerana didunialah tempat menentukan segalanya....aku tetap merayu....selepas itu aku terdengar satu suara beritahu bagi kesempatan sekali lagi untuknya....dan ketika itu malaikat memukul ku lalu aku tercampak dari kubur ku yang meletup dengan kain kapan yang masih berdarah......aku tersentak bangun dari tempat tidur dan aku terasa tubuh ku seperti baru di tuang air panas dasyat sekali walaupun mimpi tetapi terasa seperti benar2 terjadi....aku menangis tanpa henti2...dan memohon keampunan dari allah keatas dosa yang telah aku lakukan.....
selepas tu aku mejalani kehidupan seperti biasa tanpa rasa apa lagi iaitu masih tengok tv dan dengar radio...masa aku sedang tengok tv satu suara tanya dengan ku dimana janji kamu aku tersentak dan terus matikan tv dan beristifar.....malam tu aku bermimpi suara tu suruh aku tepati janji ku masa dialam barzakh.... Tidak lama selepas mimpi itu saya kini dapat mendengar suara malaikat yang akan menegur saya jika membuat salah dan akan menasihati saya bila ada kemuskilan.. sebagai contoh, saya lengahkan solat, suara tu akan ingatkan balik janji dari dalam kubur, jika lalai dan lagha, suara tu akan sound supaya tidak lagha.., bila di tanya suara siapakah ini?, maka suara itu mengaku bahawa dia adalah malaikat dari alam hakikat dan dipesan supaya jangan lalai.. maksud lalai aku dilarang tengok tv dan dengar radio kerna itu hiburan dunia yang kita asyik sekali sampai lupa Allah....esoknya radio aku didapur aku buang dan hifi aku pula tiba2 tak boleh mendengar siaran radio(Allah sentiasa kasihkan hambanya supaya tidak lalai mendengar radio) cuma boleh mainkan cd je hifi tu,dan lepas itu aku menggunakan hifi itu untuk mendengar nasyid...kerana aku fikir takpelah boleh dengar nasyid dan suara tu tetap ingatkan ku… boleh dengar nasyid yang memuji Allah dan zikir....lebih eloknya zikir sendiri bukan dengar radio ikut zikir....dan disuruh menutup yang sebenar2 aurat dengan sempurna dan disuruh membaca tafsir alquran sebenar2 firman allah dan hadith rasullullah untuk berdakwah bukan main ikut suka hati nak berdakwah ikut hadith yang tak sahih...
loading...