Artis

PANTUN YG BELUM SELESAI. Sisi lain David Teo yang saya kenal.

loading...

Perkongsian FB : Norman Liverpool.

PANTUN YG BELUM SELESAI
Biar David menghabiskan pantunnya...
DAVID TEO YG SAYA KENALI...

Tahun 2000 saya ke Manila bertemu David Teo di sana atas urusan kerja. Ketika itu saya tidak pernah bertemu dgnnya, hanya mengenali di media.

Seperti yg saya katakan sebelum ini, style David Teo agak kasar...Saya bertanya dia "kenapa you ambil Z Lokman mengarah filem you.." Jawab David, " Siapa pengarah yg bagus ? Bagi saya pengarah yg bagus adalah membuat filem dgn kos tidak merisikokan penerbit."

Dlm hati terus berkata, dia seorang ahli perniagaan tulen. Dia seperti Shaw Brothers, ahli perniagaan yg bijak berniaga. Bermula dari situ hubungan kami semakin rapat. Sepanjang di Manila kami sering berbual bersama.

Dia permain baru dlm industri jadi mungkin dia seronok mendengar cerita saya. David menceritakan dia telah rugi berjuta ringgit hasil filem pertamanya Syukur 21.


Selepas mengenali David di Manila kami bertemu di KL. David seorang yg suka berborak. Sambil berbual dia selalu memicit micit sisi dadanya utk membuang angin. Kami berbual hingga jam 2 - 3 pagi. Pernah kami berbual di rumahnya.

David menceritakan bagaimana di masa muda dia bekerja sebagai penjual jualan langsung di Felda2. Kerana pekerjaan tak menentu ketika itu, semasa ingin berkahwin dgn isterinya, Jane, ibu mertua kurang berkenan dgnnya. Tapi skg dia adalah menantu yg disayangi.

Itu semua adalah kata2 semangat utk diri saya daripada David utk saya menyedari kehidupan bukan semudah yg disangka.

Semakin lama hubungan kami semakin akrab apatah lagi saya juga mesra dgn Prof Datuk Razak Mohaideen yg saya anggap seperti abang sendiri. Namun apa yg saya perhatikan sejak awal David dlm industri ini, dia sudah mempunyai ramai musuh samada persaingan atau berbentuk perkauman.

Mungkin kerana David begitu agresif. Bayangkan dia boleh melahirkan 3 filem setahun. Org lain 3 tahun satu filem sahaja.

Waktu itu David suka dgn saya bukan kerana pengaruh jawatan saya. Dia pernah beritahu sebab dia suka melepak dgn saya kerana pemikiran saya yang secocok dgnnya. Kebetulan Metrowealth dkt dgn rumah saya di USJ 9, kami berborak dari jam 9- 2 pagi. Hampir setiap hari.

David pula jika ke lokasi filem kadangkala dia mengambil saya di rumah. Jika di pejabat Metrowealth saya mengenali perniagaan keluarga Teo ini, David seorang yg taat beragama ( Budha )

Metrowealth sebenarnya diterajui oleh abang beliau yg dipanggil Pak Teo. Mereka mempunyai puluhan kedai elektrik di Filipina, Thailand, China dan Indonesia.

Sebulan sekali Pak Teo akan dtg mengunjungi David bercerita soal perniagaan. Rapatnya saya dgn David, saya dibenarkan berada di dlm bilik dlm perbincangan mereka adik beradik tidak formal. Mungkin mereka tak kisah sebab saya tak faham sepatah haram apa dibualkan.

Tahu tak kalian, jika mereka adik beradik berborak di bilik David ( ruang pejabat bilik David agar besar ) macam nak bertumbuk atau mcm org bergaduh hilang bini. Takut pula saya melihatnya.

Tapi selepas itu kami akan makan bersama sama. Unikkan sebab itu saya katakan David memang style dia bercakap agak 'kasar' tapi dia bukan bermaksud demikian. Kalau mengenalinya kita akan tahu cara David memang begitu.

Jika ada org lain mengambil peluang dgn cara lain dgn David, saya mengambil peluang berurus niaga dgnnya. Pun begitu dlm hal yg lain atas dasar persahabatan, banyak juga saya membantunnya secara sukarela.

Satu hari jam 11 malam David menghubungi saya. Minta saya ke Eastin Hotel kerana Yasin ( penyanyi ) ingin berjumpa. Saya tanya kenapa saya perlu hadir. David kata Yasin mahu memperdengarkan artis wanita bertudung kpdnya.

Rupanya David bimbang artis yg mahu diperkenalkan Yasin adalah bertudung ( Waheeda Wasini ). Saya berjumpa di hotel dan Yasin menerangkan kpd kami produk artisnya. Saya lihat foto Waheeda, agak menarik. Kemudian Yasin perdengarkan lagu Waheeda di dlm kereta V6 nya.


Wasini...wasini..". Saya kata dkt David boleh ambil. Dia tanya Waheeda bertudung ok ke tak ( cz masa tu tiada penyanyi wanita  bertudung ). Saya kata Raihan dulu pun Warner Music ingatkan boleh jual 10 k unit saja sudah memadai tetapi terjual 600 k.

Itu alasan saya dan David setuju. Begitu juga ada beberapa skrip filem yg diberikan kpd saya utk dibaca samada ia menarik atau tidak ( mudah dan cepatkan cara David bekerja ).

Selain Dato' Hussamuddin Yaacub sebagai ikon atau sifu saya, David adalah org yg saya anggap sifu. Tahu tak bagaimana David bekerja? Dia bekerja 18 jam sehari. Jika perbincangan perniagaan David hanya perlukan 30 minit membuat keputusan walaupun pelaburan itu melibatkan jutaan ringgit.

Cara dia bekerja dia melayani wartawan2 hingga ke editor, pengarah2 hinggalah pengurus2 panggung wayang sebagai repo dia dgn mereka yg terbabit dlm perniagaan seninya.

Atas urusan kerja atau persahabatan, merata saya ke luar negara. Bali, Jakarta, London, Stockholm, Bangkok, Manila adalah sebahagian lokasi saya bersama dgn David. Bagaimanapun disebalik keakraban itu saya tidak menggunakan kuasa editor saya utk David.

Pernah wartawan saya Jebong, yg kini org kuat Sinar Harian dimarah oleh pengarah filem produk Metrowealth kerana mengkritik filem beliau, saya tak kisah artikel itu dilepaskan. David pun agak profesional dgn tidak memaksa artis2 nya dibuat coverage setiap minggu.

Ada org tuduh David akan gunakan saya... jujur saya katakan hubungan kami win win situation. Utk saya, utk majikan saya (Karangkraf) dan utk David sendiri tanpa unsur korupsi.

Contoh, atas dasar hubungan baik yg terjalin, saya adalah satu2 nya wakil media yg di bawa David Teo ke London dan Stockholm atas penajaannya utk percutian bulan madu Yusry Erra ketika itu. Masa itu belum ada Facebook dan HP kualiti gambarnya sgt teruk.

Pihak media2 tempatan setiap hari ketika kami di sana meminta dikirimkan gambar, puas David memujuk saya tapi saya kata nanti nanti dan nanti.

Sampai di Malaysia landing saja di KLIA saya terus ke pejabat. Tidak tidur 24 jam tetapi utk memastikan hak esklusif gambar/cerita dan utk mengembirakan majikan saya ketika itu, saya gagahkan juga utk menghabiskan kerja hingga jam 3 pagi ( belum jumpa anak isteri lagi ).

Saya tahu saya tak mampu bersifat 'kedekut' atau menolak permintaan David menyerahkan foto percutian tersebut kerana pemergian tersebut atas tajaan beliau.

David ini sebenarnya lucu orgnya. Dia sgt konfiden dlm beberapa perkara. Mcm berpantun, dia akan berbuat demikian di mana2 majlis. Bila hadirin ketawa pantunnya.... David dgn selamba memberitahu, " Asal faham !".

David tidak pernah putus2 diserang oleh pemain industri yg lain. Saya pernah menemubualnya mengenai kes tersebut... apa jawab David..." Kenapa mahu dengki dgn saya. Saya masuk industri ini semua kakitangan, pengarah dan pelakon org Melayu. Jika pasal untung juta2. Saya sudah jadi jutawan sebelum buat filem."

Dgn David saya melahirkan ada artis rakaman. Malah diberi peluang memberi lagu, lirik, mengarah klip video ( Cico ), membuat skrip filem ' Bujang Senang'. Ini saja urusan perniagan saya dgnnya.

Banyak ilmu2 perniagaan yg David ajar saya. Antara ayat yg paling power... "Seorang ahli perniagaan tulen ingin berniaga dia tidak perlu pening mencari modal. Kata katanya adalah modal menyakinkan pelabur."

David mengajar saya dlm industri seni, apabila ia bergelar industri ia adalah perniagaan. Saya setuju dgn pendapat beliau. Maksudnya buat filem mestilah mengikut kehendak penonton bukan kehendak pengarah utk hasil seninya.

Org Melayu buat satu filem kononnya mempertahankan seni terus rugi dan terus tutup syarikat. Org Melayu nak buat filem kena minta dana kerajaan ( duit rakyat ).

Bila kerajaan tak tolong marahkan kerajaan. Bila dpt peluang berjumpa PM bukan nak luahkan masalah tapi membodek tahap gaban. Habis kau belasah orang. Inilah sikap org Melayu hanya tahu membodek.

David hanya seorang bangsa Cina dlm industri ini. Sepatutnya org Melayu kena belajar bagaimana David bangkit dari kerugian RM 3 juta hingga mendapat keuntungan puluhan juta ringgit.

Bukan menyerang beliau atau sampai mencederakan beliau sebegitu rupa. Sepatutnya kalian bukan bermusuh dgn David tetapi berkawan dgnnya. Silap2 boleh jalinkan perniagaan atau belajar caranya bekerja.

Untuk David... apa khabar kau sekarang... lama sudah tak jumpa. Saya mahu berjumpa dgn Mr David utk mengetahui kesudahan pantunnya.

Utk pembacaan di Facebook cukup sampai di sini. Kisah sebahagian kecil hubungan 6 tahun bersama David Teo.
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.