loading...
Mira Filzah Akui Selesa, Senang Dengan Sikap Zizan
Namun, jelas Mira, 24, dia enggan membesarkan kisah percintaan bagi menjaga nama baik keluarga yang tidak mempunyai kaitan dalam bidang seni.
“Sejak kecil, ibu bapa mendidik saya untuk menjaga nama baik keluarga. Oleh itu, saya sebaik mungkin tidak mahu mencemarkan nama keluarga dengan sebarang gosip atau kontroversi negatif.
“Nasihat mereka, apabila sudah pasti semuanya, barulah saya bersedia untuk membuka mulut mengulas perihal cinta.
“Namun, buat masa ini, saya selesa berkawan dengan sesiapa saja dan pada masa sama, masih memberi tumpuan kepada kerjaya.
Lagipun, saya baharu berusia 24 tahun dan masih jauh perjalanan kerjaya seni. Cuma saya tidak menolak atau meletakkan sebarang sasaran mendirikan rumahtangga.
“Sekiranya jodoh sampai awal, saya terima,” katanya kepada portal BHOnline.
Tambah Mira lagi, diqa tak menafikan bahawa dia suka berkawan dengan Zizan kerana personalitinya yang baik dan kelakar. Tetapi mereka hanya teman rapat sahaja, katanya lagi.
Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Cinta Si Wedding Planner itu berkata, biarpun ibunya kurang gemar dia memilih bakal suami daripada bidang seni, namun semuanya boleh dibincangkan.
“Sejujurnya, memang ibu saya kalau boleh tidak mahu saya berkahwin dengan orang daripada latar belakang seni.
“Namun, jika itu adalah pilihan hati maka rasanya keluarga saya menerima pilihan itu secara baik,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC
loading...