Umum

“LAA, RILEK LA CIKGU. INI BENDA KECIK JE PUN.”

loading...




“LAA, RILEK LA CIKGU. INI BENDA KECIK JE PUN.”


Dari perkongsian laman Facebook Tarbiah Sentap
Minggu lepas, macam biasa saya beri talk di salah sebuah sekolah Menengah harian biasa. Lepas habis, saya bersembang sekejap dengan GPK HEM sekolah tu.
Dia cerita pada saya tentang satu kes terbaru di sekolah tu. Ada seorang pelajar perempuan tingkatan 2, yang merupakan pelajar yang baik, anak tunggal dan tinggal dengan mak ayah angkatnya.
Ayah angkatnya banyak menjalani kimoterapi di hospital, ditemani mak angkatnya. Jadi di rumah, dia selalu sendirian. Dalam masa yang sama, dia bercinta dengan seorang pelajar lelaki form 2 sekolah yang sama. Mereka selalu bersembang di Wechat.
Sampailah satu hari, dia ajak pakwenya datang ke rumah. Jangan jadi naif, for sure untuk berzina. Takkan datang nak belajar tajwid pula.
Surprisingly, lelaki tu tak datang seorang. Dia bawa 4 orang kawannya yang lain, dari sekolah yang sama. Akhirnya, 2 pelajar lelaki berzina dengan perempuan ni, manakala seorang lagi rakam video.
Dan SEBARKAN.
Video tu tersebar bukan setakat seluruh sekolah, malah sekitar taman dan sekolah berhampiran. Kemudian, cikgu GPK, pengetua dan beberapa orang guru panggil keenam pelajar ni (termasuk perempuan) termasuk mak bapak sekali setelah ada bukti kukuh.
Apa lagi, berlakulah drama depan guru2 ni. Ada mak ayah yang bantai anak dia, ada yang nangis, dan sebagainya. Tapi yang LEBIH MENGEJUTKAN, ada seorang bapa ni bila tahu anaknya terlibat (anak dia yang ‘taiko’), dia cakap lebih kurang begini pada cikgu,

“Laa, rilek la cikgu. Ini benda kecik je pun.”

Terkejut semua cikgu kat situ termasuk pengetua. Akhirnya, semua pelajar ni ditukar sekolah, kecuali yang perempuan. Sebab takut masa depan dia makin teruk.
Tetapi nasib pelajar perempuan ni, di sekolah kena ejek dengan kawan2, kena pulau, dan sebagainya. Pelajar ni wajib setiap hari pergi bilik kaunseling untuk pulihkan semangat.
Dan masa saya bagi talk (masa ni saya tak tahu kes dia. Saya tahu lepas habis beri talk), dia berat hati nak datang sama. Sebab takut kena ejek dengan kawan. Dan ia memang terjadi. Masa sesi soal jawab, saya dapat soalan di kertas,
“kenapa perempuan senang menerima permintaan lelaki untuk berzina?”
Haish…
Sebenarnya ini baru satu daripada hampir ribuan soalan dan luahan yang saya pernah dapat sepanjang hidup saya. Nasihat saya pada malam2 ni,
1. Kepada perempuan, khususnya pelajar sekolah, tinggikanlah frekuensi malu, dan jaga lah maruah. Kalau tak kesian pada mak ayah, kesian la pada diri sendiri. Atau paling sikit pun, kesian la pada bakal suami hang.
Hari2 cerita bab cinta, tapi maruah entah ke mana.
2. Kepada parents, mind your children’s phone, especially Wechat, whatapps, beetalk, bigo live, etc. Selongkar mereka berkawan dengan siapa, group apa, sembang apa, etc. Terutama perempuan.
Saya tak pandai nasihat banyak. Sebab anak pun takda. Huhu.
3. Atas faktor ini, kami di Tarbiah Sentap selalu ulang2 kali pesan suruh jaga ikhtilat dan tinggalkan hiburan yang ada unsur haram. Tinggalkan dan taubatlah sungguh2.
Walaupun susah.
Apabila saya sendiri beri talk khusus di sekolah, saya akan tekankan bab ikhtilat dan hiburan ni.
Bukan setakat tu je, dalam buku-buku saya seperti Aku Bukan Malaikat 1, Aku Bukan Malaikat 2 : Obligasi, Cerpen Sentap dan lain2, banyak kali ulang perkara ni
Sebab ini antara punca utama perkara semua ni terjadi.
Dah tu je la malam ni. Tak tahu nak tulis apa lagi. Kalau korang ada nasihat lain, cuba kongsi diruangan komen.
Boleh share. Dipersilakan. Moga manfaat. Huhu.
Shukery Azizan,
Kuala Lumpur,
14 Mei 2017
SUMBER : viralhebat.com
#share
#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat
#AkuBukanMalaikat2
#TarbiahSentap
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.