Artis

Kembali Curi Tumpuan Dunia, Aishwarya Rai Gah Di Filem Festival Cannes 2017

loading...

Kembali Curi Tumpuan Dunia, Aishwarya Rai Gah Di Filem Festival Cannes 2017

Sudah lama kita semua tidak melihat wajah dan susuk tubuh si jelita Aishwarya Rai yang pernah menjadi wanita paling cantik didunia. Dikhabarkan kini beliau lebih fokus dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Walaupun hampir senyap seketika, beliau baru-baru ini kembali mendekatkan diri dengan mata dunia apabila muncul dalam acara karpet merah Festival Filem Cannes 2017 yang sedang berlangsung. Apa yang mengagumkan Aiswarya membawa dua busana indah persis puteri rekaan Michael Cinco dan Ralph and Russo. 
Gaun kembang biru lembut ini dari rekaan Michael Cinco.


Tak cukup dengan itu, beliau tampil pula dengan gaya ‘garang’ gaun merah dari Ralph and Russo

Bekas Ratu Dunia 1994 ini hadir di acara karpet merah Cannes 2017 sebagai duta produk jenama kecantikan terkemuka iaitu L’Oreal. Jadi apa pendapat anda dengan busana yang dibawa oleh Aiswarya?
SUMBER.:: wanista.com 
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.