Umum

'Jangan Jadi Penasihat Kalau Tak Boleh Jadi Penasihat' - Pemilik Upin Dan Ipin Tampil Jelaskan Isu Sebenar Pemecatan Kartunis Ujang

loading...

'Jangan Jadi Penasihat Kalau Tak Boleh Jadi Penasihat' - Pemilik Upin Dan Ipin Tampil Jelaskan Isu Sebenar Pemecatan Kartunis Ujang



Setelah kecoh di media sosial isu pemecatan kartunis Ujang sebagai penasihat majalah komik Upin Dan Ipin, terbaru pemilik hakcipta Upin dan Ipin, Burhanuddin Md Radzi tampil menjelaskan isu sebenar. 

Memetik laporan Malay Mail Online, kartunis Ujang diberhentikan kerana jualan komik kanak-kanak itu merosot serta 'cerita memasak' yang diterbitkan jauh menyimpang 

“Tindakan itu diambil selepas mengadakan pertemuan dengan penerbit komik. Sejak dua bulan lalu, isi kandungan komik Upin dan Ipin banyak menyimpang dan kami mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan kanak-kanak. Malah terdapat cerita memasak pula di dalamnya,

“Sebagai pengeluar komik, dia sepatutnya memberi cadangan bagaimana hendak menaikkan edaran. Tetapi apabila dia balik dan kembali semula selepas itu, dia memberitahu penasihat kata jangan ubah apa-apa.

“Kami tak suruh (arah pecat) tetapi kalau sudah tidak boleh menasihat, tidak perlu jadi penasihat. Itu yang dia balik dan buang Ujang dalam tempoh 24 jam,

Tambah pemilik Les Copaque itu juga, beliau tidak tahu mengetahui pelantikan dan peranan Ujang selama enam tahun di syarikat penerbitan Nyla Sdn Bhd yang diberi lesen untuk mencetak menggunakan cerita dan watak siri animasi Upin dan Ipin itu. 

Kartunis Ujang sebelum ini dalam satu portal berita memberitahu, Les Copaque ingin mengambil alih operasi Nyla Sdn Bhd dan memberi tekanak kepada penerbit dan penerbit komik terpaksa akur pada permintaan.


Sumber : kaki share
Sumber : kisahlogik.blogspot.my
Sumber : alamviral
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.