Sebelum ini ramai membuat andaian dan mempercayai kononnya adik Prebet Adam benar-benar dibunuh oleh Almarhum Sultan Iskandar walaupun tiada sebarang bukti yang boleh menyokong dakwaan tersebut.
Buku Konfesi Prebet Adam ditulis berdasarkan pengalaman Syahril melalui sesi temubual dan kajian yang dijalankan ketika dia bertugas sebagai wartawan jenayah malah dia memilih untuk merungkai kisah ini kerana mahu masyarakat tahu akan kebenaran yang berlaku ketika itu.
Lebih menarik, Syahril turut menegaskan sekiranya benar adik Prebet Adam dibunuh mengapa kuburnya masih tidak ditemui dan sekiranya insiden itu benar-benar terjadi mengapa sehingga kini tiada mana-mana ahli keluarga mangsa tampil mengesahkan pembunuhan yang sudah mencecah 30 tahun.
loading...

5rem; outline: 0px; padding: 0px; vertical-align: baseline;"> Buku terbitan Dubook Press Sdn. Bhd. padat dengan pelbagai bukti, ia mengemukakan beberapa fakta lengkap seperti nota yang ditulis oleh Prebet Adam, keratan-keratan akhbar yang melibatkan kes, surat akuan berkanun serta keputusan penghakiman.