Artis

Batu lebih pandai berlakon dari Beckham?

loading...

Penampilan istimewa bekas ketua pasukan England, David Beckham, untuk beberapa saat dalam trailer King Arthur: Legend Of The Sword mengundang kritikan meluas penggemar filem selepas ia disiarkan Selasa lalu.
Individu bertanggungjawab membawa Beckham ke layar perak kali ini adalah pengarah Guy Ritchie - yang kebetulan adalah rakan kepada bintang bola sepak terkemuka berkenaan.
Walaupun menerima kecaman, Ritchie memilih untuk bersikap terbuka dan mempertahankan prestasi Beckham dalam buah tangan terbarunya itu yang kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam dalam negara.
Ritchie malahan merujuk Beckham sebagai seorang pelakon yang mengagumkan.
“Dia adalah seorang aktor hebat, saya sayang si tua Becksy dan gembira dapat bekerjasama dengannya,” katanya.
Dalam babak pendek itu, Beckham melakonkan watak Kapten Inggeris yang memberikan arahan kepada King Arthur - karakter dibawakan Charlie Hunnam.
Hunnam bertanya: “Di mana kau mahu aku berdiri?
Beckham menjawab dengan loghat Inggeris yang pekat: "Melutut di depan aku . Kau ingat apa yang aku mahukan? Letakkan kedua-dua tangan pada pedang, bodoh,” katanya.
Selain persembahan Bekcham dalam King Arthur: Legend Of The Sword itu dianggap memalukan, dia juga tidak banyak menerima pujian.
Sebahagian peminat memberi respon menerusi media sosial dengan menyatakan lakonan Beckham sebagai “paling teruk pernah dilihat”.
Segelintir yang lain mengeluarkan kata-kata ejekan seperti “batu itu berlakon lebih baik.”
King Arthur: Legend Of The Sword turut dijayakan oleh pelakon Astrid Berges-Frisbey, Djimon Hounsou, Aidan Gillen, Jude Law dan Eric Bana.
Ia mengisahkan kehidupan Arthur, seorang anak yatim yang dibesarkan sejak kecil oleh beberapa wanita yang bekerja sebagai pelacur.
Nasib Arthur mulai berubah selepas dia berjaya menarik sebilah pedang tertanam pada batu. Sejak itu, dia terpaksa menerima takdirnya sebagai pewaris takhta kerajaan England dan mengalahkan bapa saudara yang membunuh kedua ibu bapanya.
Sementara itu, Beckham berterus-terang apabila ditanyakan mengenai minatnya dalam bidang lakonan.
Kata Beckham, dia tidak merancang untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon sepenuh masa.
“Saya tidak memulakan apa-apa langkah untuk berlakon. Ia hanya tugas yang saya gemar lakukan demi seorang sahabat. Ia bukanlah satu karier yang ingin saya teruskan.
“Saya seorang yang gemarkan cabaran tetapi ia biasanya berkaitan dengan sukan, tetap kali ini (lakonan) saya tidak tahu jika ia akan jadi OK,” katanya.
loading...

About Unknown

Powered by Blogger.