loading...
Arnab `Sayu’ Akhirnya Dipertemukan Dengan Tuan
CARA anak patung arnab ini diletakkan di atas kerusi di dalam sebuah kereta api di Sydney seolah-olah menampakkan ia seperti kesunyian dan sayu.
Disebabkan imejnya yang kelihatan sedih itu, seorang lelaki memutuskan untuk mengesan pemiliknya.
Dengan menggunakan hashtag #sadbunny, Andrew Parker telah memuatnaik gambar anak patung berkenaan dalam Twitter dan dikongsi oleh beribu-ribu orang termasuk ketua pembangkang Australia, Bill Shorten.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki Terrence Zhong telah mengaku bahawa anak patung arnab itu adalah milik anak perempuannya.
“Hai semua! Anak perempuan saya adalah pemilik anak patung itu. Dia menjatuhkannya ketika turun dari kereta api di stesen Wynyard,” katanya yang membalas Twitter terbabit.
Kedua-duanya iaitu anak patung itu dan si kecil berkenaan akhirnya telah dipertemukan kembali. –
MYNEWSHUB.CC
loading...