loading...
REMAJA lelaki, 19, ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan ‘powerbank’ di Taman Merbok, Bukit Baru, Melaka pagi semalam.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa, Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia di bilik tidurnya oleh ibu mangsa, Suriah Rahim, 48, dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kejadian disedari ibunya apabila mangsa tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali memaksa pintu dibuka dengan kunci pendua.
“Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan baring sambil menggunakan fon telinga bersambung pada telefon pintar yang dalam keadaan bercas pada sebuah ‘powerbank’.
“Ibu mangsa yang juga seorang jururawat mendapati kesan melecet pada bahagian bahu kiri mangsa dan powerbank berada berdekatan bahu kiri mangsa.
“Dia cuba menggerakkan badan anaknya itu, namun menyedari mangsa sudah tidak bernyawa ,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Harian Metro
**Gambar Hiasan Carian Google
loading...